blog yang paling aku minati



MEE SIPUT...PEERRGH MEMANG BEST

Isnin, 24 Ogos 2009

H1N1 Adakah rakyat malaysia sedar bahayanya

1.apakah penyakit influenza A(H1N1)?

Influenza A(H1N1) adalah penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang
disebabakan oleh virus influenza A(H1N1).virus influenza ini adalah sejenis virus
yang baru dan terhasil daripada reassortment(percampuran)genetik virus influenza
babi,burung dan manusia.

2.kenapa virus baru H1N1ini dikaitkan dengan 'swine flu'(selesema babi)?

virus ini dikenali selesema babi kerana berdasarkan ujian awal makmal ia
menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi
yang berasal dari Amerika utara.

walau bagaimanapun kajian terperinci menunjukkan bahawa ia adalah sejenis virus baru yang berbeza dengan virus selesema babi sedia ada.

3.Negara mana yang dilanda penyakit ini?

maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan terus menular ke
negara-negara lain.

untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini.sila rujuk
laman web http://www.who.int/en

4.Apakah gejala virus ini?

Gejala influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim
(influenza-like-illness)termasuk demam,batuk,sakit tekak dan sakit kepala .badan berasa sejuk dan lesu.terdapat juga individu yang di jangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.

5.bagaimana kita boleh dijangkiti?

virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin
titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit,permukaan-permukaan
(surfaces)atau tersebar ke udara.seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan,melalui sentuhandengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan
yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

BLOGOBO