blog yang paling aku minati



MEE SIPUT...PEERRGH MEMANG BEST

Rabu, 16 Oktober 2013

Upin & Ipin 2013 Musim 7 (Barang Silam) Episod 25, 26, 27

Upin & Ipin 2013 Musim 7 (Barang Silam) Episod 25, 26, 27

Sabtu, 24 Ogos 2013

My Info Hub: Menarik!! Gaya Unik Ahli Gimnastik Baling Bola Bes...

My Info Hub: Menarik!! Gaya Unik Ahli Gimnastik Baling Bola Bes...: Video menunjukkan aksi seorang ahli gimnastik Korea membaling bola besbol. Keunikan gayanya membaling membuatkan pemukul terpaku denga...

Jumaat, 16 Ogos 2013

PES 2013: Become a Legend with Cristiano Ronaldo (Part 1) - Introduction...

Sabtu, 13 Oktober 2012

Majlis PAS untuk Pengundi Luar Kedah tiada kehadhiran?.. Pencacai UMNO kantoi lagi!!

 

Semalam.. dengan berbekalkan gambar diawal majlis anjuran Pakatan Rakyat, sekali lagi Blogger pro UMNO cuba memperbodohkan rakyat dengan mendakwa majlis itu tiada sambutan..

Kalau minggu lalu mereka cuba memperbodohkan rakyat dengan mendakwa ceramah Anwar Ibrahim di Sabak Bernam tidak mendapat sambutan berdasarkan gambar sebelum ceramah bermula – sila lihat di ( SINI )

Kali ini majlis anjuran PAS Kedah pula dijadikan sasaran mereka.

 

 Dengan modus operandi yang sama iaitu gambar di awal majlis yang hanya kelihatan beberapa orang yang hadir mereka cuba memperbodohkan rakyat sekali lagi.

Kononnya kali ini Majlis yang dianjurkan oleh PAS negeri Kedah tidak mendapat sambutan.. Berdasarkan gambar-gambar di atas, menulislah mereka seperti 

misscommunication no one and some one

  Noor Atika Abdul Halem   
Category: FaktaAutaMerepekMerapu


Lee Sum Wan : Hello can i speak to Annie Wan

Mr Sori : Yes u could speak to me.

Lee Sum Wan: No, i want to speak to Annie Wan!

Mr Sori : You are talking to someone! Who is this?

Lee Sum Wan : Im Sum Wan. And i need to talk to Annie Wan! Its urgent.

Mr Sori : I know u are someone and u want to talk to anyone! But whats this urgent matter about?

Lee Sum Wan : Well just tell my sister Annie Wan that our brother was involved in an accident. Noe Wan got injured and now Noe wan is being sent to the hospital. Right now Avery Wan is going to the hospital.

Mr Sori : Look if no one was injured and no one was sent to the hospital from the accident that isnt an urgent matter! You may find this hilarious but i dont have time for this!!!

Lee Sum Wan : You are rude. Who are you?

Mr Sori : I’m Sori.

Lee Sum Wan : You should be sorry. Now give me your name!

Mr Sori : I’m Sori!!

Lee Sum Wan : I dont like your tone of voice Mr and i dont care, give me your name!

Mr Sori : Look lady, I told you already Im Sori! Im Sori!! Im SORI !!! you didnt even give me your name!

Lee Sum Wan : I told u before im Sum Wan! Sum Wan!!! You better be careful my father is Sum Buddy. And my uncle holds a very big position in the co. He is Noe Buddy.

Mr Sori : Oh im so scared (sarcastically). Look i dont care about ur uncle he’s a nobody. Everybody thinks his top dog and holding an important position in the company.

Lee Sum Wan : No Avery Buddy just married my aunt. And Avery Buddy doesn’t work there.

Mr Sori : Like i said i dont care which one of ur aunt screws everybody and i also know that not everybody works here! Jeez!!!

Lee Sum Wan : Wheech Wan is my sis!

Mr. Sori : I dont know which one is ur sis! Why in gods name u think i do!? Look i got work to do and if im feeling mischievious i’ll broadcast it on the P.A system saying. “Attention, someone called and said that anyones brother just got involved in an accident. But not to worry no one got injured and no one was sent to the hospital. But everyone is going to the hospital anyways. The father maybe a somebody but if u’re their uncle, u’re a nobody. “how bout that!?
Toot… .Toot… .Toot… …

sumber :powerfaces

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...                                      
                                                                       
1.. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam,  beliau tidur    
disisi kita bukan dengan orang lain.                                      
                                                                       
2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan,   itu
bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.              
                                                                       
3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar,  itu bermakna kita masih      
mempunyai pekerjaan.                                                      
                                                                       
4. utk pakaian kita yang dah tak muat,  itu bermakna kita cukup makan.    
                                                                       
5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu  
dikemas ,  itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.                    
                                                                       
6. utk bunyi bising jiran²,  itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
                                                                       
7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok  itu bermakna kita ada    
pakaian untuk dipakai.                                                    
                                                                       
8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja,  itu bermakna  
kita masih berupaya utk kerja kuat.                                      
                                                                       
9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif,  itu bermakna kita masih    
berupaya utk berjalan.                                                    
                                                                       
10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi,  itu bermakna kita masih    
hidup untuk meneruskan hari tersebut...                                  
                                                                       
AND FINALLY ........ for received this personal and meaningful forwarded
e-mails because it means you have friends who are thinking of you.                  
                                                                       
    "Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang    
kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"  

sumber : Powerfaces                

Jumaat, 28 September 2012

Wajah-wajah keriangan yang teringin kita lihat




Haaa..hahah..haaa.kalau anda perasan apakah persamaan
di antara mereka ..?
 
ikutlah nasihat penjagaan gigi seperti lagu di bawah...ini









Khamis, 27 September 2012

Pantun Berganda -ganda Merapu



Pokok-pokok berlari-lari
Berlari-lari Ditengah sawah
Sawah -sawah pun berlari-lari
Kenapa pokok-pokok pula yang susah

Adik-adik bermain daging
Bernain -main di tengah rumah
Kenapa adik-adik bermain daging
Nanti emak marah siapa pula yang susah

Melayari facebook di waktu pagi
Facebook dilayar di dalam perigi
Perigi-perigi pun semua belayar pergi
Dimanakah facebook akan dilayar lagi

Berhati-hati di jalanraya.
Seruan kerajaan jangan kita lupa.
Sakit hatinya aku berhari raya
Mat-mat rempit semuanya pelupa

Bermandi manda di rumah kak leha
Kak leha membeli ikan di pasar pekan.
Kenapa mandi di rumah kak leha ?
Tak takutkah pelempang nasir bilal khan?

Anak ayam berkaki tiga
Anak kucing berkaki empat
Anak itik berkaki  enam
Tak usahlah kau baca 
Memang pantun dah tamat
Sekianlah ku ucapkan wassalam







Fakta² Kelakar Yang Boleh Membuatkan Anda Mereng

Tahukah Anda!!!
1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.
Baca lagi untuk fakta-fakta yang boleh buat anda mereng.

6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia ) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf ‘W’ dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-’dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..Di negara Norway , terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap
setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan ‘pos laju’ menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia , beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

24. Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan kentut seorang manusia yang bernama Faizal, tidak berbunyi tapi busuk

p/s aku pun copy paste kat powerfaces jgn mare ....


p/s aku pun copy paste kat powerfaces jgn mare ....

Selasa, 12 Jun 2012

Hubungan Terlarang...kasihan Ferry

Salam 

Ketikamana sedang aku menuggu perlawanan Euro 2012...sempat juga aku menjengah youtube yang tak seberapa itu.lalu mata aku tertumpu pada satu tajuk yang berbunyi"Tanda Dunia Kiamat~ EMAK Mengahwini ANAK sendiri" MasyaAllah....apa sudah jadi dengan dunia sekarang ni?

Bunyinya sungguh aneh tajuk itu padaku,bagai tak sanggup aku melihat video yang di pertontonkan.barangkali memang umur dunia sudah berada di hujung tanduk mungkin..?Kasihan si anak yang terpaksa menerima kerakusan nafsu seks ibunya ..

Ferry si anak juga mempunyai nafsu seperti anak muda lainnya...mahu punyai pacar yang cantik lagi..muda dan menawan..,juga mahu mempunyai seorang isteri yang muda dan cantik...tapi apakan daya dia di paksa oleh ibunya ..meskipun dia  menolak...tapi..ahhh..akhirnya tertewas jua ...

Kalau korang tonton video ni sampai habis ..korang dapat menyelami perasaan ferry yang serba salah.. gitu
lihat saja ketika pengacara menanyakan bagaimana perasaan ketika melakukan seks..pada ibunya adakah enak atau menikmati...?dan ibunya menjawab..ada ..-(Ya laa ..hang dapat yang muda strong lagi..!).tapi bila ditanyakan pula pada ferry apa yang di jawab?"ya...mau tak mau ..ibu saya memaksa" ini sudah jelas bahawa ferry tak berapa menikmati sangat ....(hang ..tu dah tua betina oii...mana syokk..dah menopos dah...kambing pun nak pucuk muda ...dasar ibu goblog) tak mau cakap banyak tengok sendiri kat bawah ni ...geram aku ,meluat aku ,dasar ibu goblog ...dasar ibu goblog...





Selasa, 27 September 2011

Biru Itu Bukanlah Hitam


Entah apa yang sedang aku fikirkan,mencari sesuatu penjelasan yang sedang dalam kekusutan Memerhati ke dalam jiwa dan sanubari,apakah aku masih lagi  di sini ...aku tak pasti.Dimana harus aku mencari identiti diri,untuk aku terus berblogging...ahhh kepalaku sudah pusing.Satu demi satu laman web aku terjahi,dari blog otai dan juga yang baru dua tiga hari .

Aku pening,pening,peninngg....siapalah aku untuk menggagahi,menyusuri dunia badai berblogging.Aku tidak punya kemahiran, jauh sekali kepandaian,yang aku tahu hanyalah meluahkan perasaan.Walaupun tiada pembaca meniggalkan pesanan,namun aku tetap membiarkan jari-jemariku menekan.Menekan mengikut perasaan,perasaan yang menghamburkan kekecewaan.

  

Apakah aku sudah kehabisan idea?  keserabutan berserabut dalam kepalaku .Oh idea kunjunglah dikau walau di mana adanya engkau ?Buntu ....aku masih buntu mencari jawapan kerna tiada rakan meninggalkan pesanan.Wahai rakan ...sudilah kiranya dikau meninggalkan pesananmu agar aku tidak bisa termanggu...dan terkedu.

Aku masih baru...itulah kata-kataku sekadar memujuk hatiku yang sedang pilu.Apabila otak sudah keliru aku menjadi haru biru....lantas tidak mengenal antara sos dan budu.



Rabu, 14 September 2011

MEE SIPUT ..PEERRRGHH MEMANG BEST


Pernahkah anda makan mee siput? Mee siput ni memang terkenal di sebelah selatan tanahair.
Adakah anda ingin merasai keenakan mee siput ? Mee siput ini hanya boleh di dapati di Muar sahaja di tempat lain aku kurang pasti. Mee siput nie sedap di makan dan diminum bersama  kopi 434 yang popular di muar jugak. memang sedap dan sambal dia memang marvelous ‘PEDAS’




Kini, mee siput bukan saja boleh didapati di Muar, tetapi boleh didapati dari seluruh Malaysia. Tak perlu susah-susah cari kawan balik Muar, nak kirim beli mee siput. Korang boleh beli mee siput secara online saja di meesiput .com. Mee siput ni boleh dihantar ke semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Korang jangan risau pasal penghantaran, kualitinya terjamin.






apa kata mereka


1).Originally Posted by fnd75 View Post
update sikit - testimoni aku plak:

1. sambal paling power penah aku makan, mmg ngam dgn mee siput ni (curah dulu sambal lepas tu kasik renyuk)
2. amik pukul 1 lebih tadi - COD dgn TT & husband, sampai pkl 10 mlm ni dh 4 bungkus aku taram
3. aku borong 6 bag siap dpt extra 3-4 bungkus (tima kasih daun keladi, lepas ni boleh COD lagi)
4. org JB boleh kontek aku kalo nak rasa mee siput lazat ni

* rasa mcm nk makan lagi la...

~ fnd75

(2)saya punya dah dpt tgh hari.tadi baru makan.ape yg saya boeh katakan mmg sedap dari lain yang lain.paling sedap sambal dia.pedas berdesing tuu...sampai skang rasa lagi pedasnya.hehe.

p/s:sambal tu buat sendri ke?mcm sambal giling je.

(3)Ni testimonial selepas aku beli dan aku makan..

1. barang disampai dalam masa 1 hari. Kiranya cepat gak la. Barang 

dalam keadaan baik. Hancur sikit-sikit aje. Tapi semuanya masih mantap.

2. Setiap hari aku makan satu. Aku anggap macam makanan ringan. Lagi-lagi bila musim bola dan piala thomas ni dah bermula. Memang dah jadi makanan ruji aku bila nonton. Kekadang sekali 2 bungkus aku tibai..

3. dari segi rasa, sambal dia memang terasa. Tanpa sambal ni, aku tak rasa ramai orang akan suka dengan mee siput ni. Sambal memainkan peranan. Cukup pedas. Dan aku memang suka benda-benda yang pedas nih..

Ok dah. Cukup. Itu yang aku rasa, aku pegang, aku nampak dan aku makan. So far, baguslah untuk makanan ringan. Takdelah asyik makan jajan dan kopok aje. Hehe..



jadi...apa tunggu lagi ? order la...


Isnin, 12 September 2011

Buat Duit Dgn Program ChurpChurp

Churpchurp adalah program yang membolehkan anda mempromosikan link yang diberikan kepada anda. Anda akan dibayar mengikut klik ataupun signup. Hanya promosikan url anda di twitter/facebook dan blog.  Anda boleh daftar di laman churpchurp ini. Program ini adalah percuma. 



Saya pasti ramai yang dah tahu atau pernah denganr tentang ChurpChurp, tapi masih tertanya-tanya bagaimana cara buat duit dengan churpchurp ni. Saya sendiri masih baru je join churpchurp ni. Jadi, tak salah kan saya share serba sikit info pasal churpchurp ni disini walaupun agak terlewat.

buat duit dengan churpchurp
buat duti dengan churpchurp

Apa itu churpchurp?

Churpchurp adalah salah satu program cara mudah untuk buat duit di internet untuk rakyat Malaysia . Churpchurp ialah adik kepada Syarikat Nuffnang (bukannya pesaing) . Dengan hanya mempromosi  offer dari pihak churpchurp di  Twitter, Facebook, YM, blog. Mungkin sebab ia lebih banyak mengunakan medium twitter, logo churpchurp juga berbentuk burung seperti logo twitter. Ok, disini saya tunjukkan cara buat duit melalui Churpchurp!

1. Mula-mula anda perlulah daftar akaun Churpchurp terlebih dahulu. PERCUMA je.
2. Pergi ke  bahagian Settings dan isi semua maklumat berkaitan seperti Personal Info, Twitter,          Facebook, dll Dah siap!
 Ok, sekarang ni anda pergi ke menu Dashboard dan lihat General Guide pada sidebar sebelah kiri.  

 Disitu ada diimaklumkan bahawa ada 3 cara anda boleh buat duit dengan ChurpChurp ni.

3 Cara buat Duit dengan ChurpChurp
1) Social Sharing Churpchurp
Ia merupakan cara paling senang untuk buat duit dengan churpchurp sekali sebab anda tak perlukan sebarang kelulusan dari pihak admin.
churp2info1
Hanya share link yang diberikan untuk campaign yang sesuai. Anda akan mendapat ganjaran bila ada yang klik link yang anda berikan itu. Antara cara promosi link paling mudah ialah menggunakan platform sosial, misalnya blog, Twitter, Facebook, IM, atau e-mel.

2) Social Seeding ChurpChurp
Melalui cara ini, anda akan ditugaskan untuk menyampaikan mesej pengiklan pada platform media sosial seperti Twitter, Facebook. Hanya ikuti arahan yang pihak mereka berikan.

3) Scheduled Tweets ChurpChurp
Untuk cara ini, anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 25 follower di akaun Twitter anda. Pihak churpchurp akan hantar review twit yang akan anda submit sebelum diapprove. Anda perlu tulis dengan kreatif tweet tersebut dengan memasukkan kata kunci yang disediakan.
Berapa Bnyak ChurpChurp akan bayar?

Bayaran yang diberikan pada saya agak berbaloi iaitu sekitar  RM0.20 hingga RM0.40 untuk setiap unique click. Ya, itu 1 klik. Kalau dalam sehari anda mampu mendapatkan hanya 20 klik, jadi dalam masa sebulan anda boleh jana lebih dari RM100. Mudah bukan?
Kalau ada yang tanya cara mudah tingkatkan klik pada churpchurp ini jawapannya ialah FACEBOOK dan Twitter! Melalui facebook bukan sahaja anda boleh bersosial, tetapi juga boleh buat duit melalui churpchurp menggunakan platform facebook. Jadi tugas anda hanyalah post di facebook dan tunggu sahaja duit anda masuk.
Mudah bukan buat duit dengan churpchurp ni!!

P/s 18 sx dilarang Klik link di bawah


ingin mengetahui lebih lanjut sila ke Asmawati .com
kredit to Asmawati.com

Now you can earn rewards by sharing through facebook and twitter with #ChurpChurp! How cool is that?

Now you can earn rewards by sharing through facebook and twitter with #ChurpChurp! How cool is that?

Khamis, 8 September 2011

M,AT INDERA ATAU ASKAR YANG BEKERJA DGN BRITISH PEJUANG KEMERDEKAAN





INI TANDA PENGHORMATAN 




SIAPA DI OSMAN BIN TEH atau NOM DE GUERRE : PILUS
 



Kawan kita ini berasal dari Sanglang, Kedah. Bergerak aktif dalam Angkatan Pemuda Insaf. 


Kemudian menyertai platun Melayu Rejimen ke 8 PKM berpengkalan di Kedah, antara beberapa lokasi yang pernah dijadikan pengkalan ialah Padang Lembu, Gunung Bongsu, - sebelum bedrpindah ke Bukit Tangga. 


Seterus beliau berhijrah ke Rejimen ke 10 di Sukhirin. Satelah perjanjian damai, beliau membuat keputusan pulang ke tanahair dan sekarang menetap di Padang Besar. 


Sijil Pejuang Kemerdekaan ini di hadiahkan oleh Menteri Besar Perlis, Sahidan Kassim pada tahun tahun 2007 sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 50. 





NOM DE GUERRE - PILUS
 



NOTA:
 

angkat senjata lawan britisg 
bukan berunding 
bukan bodek 
nak halau british 
kena buru mereka dari tanah air!
 



NOTA: 
sepfintau fintau shahidan kassim 
dia sedar akan sejarah perjuangan 
syabas shahidan a.k.a shahidan ball ( ini cerita lain)

hmmm....masih dengan isu komunis lagi.Tak perlu di persoalkan lagi siapa komunis dan siapa pejuang kemerdekaan.
pendapat aku senang saja.PKM ialah singkatan parti komunis melaya sebelumnya ialah MPAJA .
MPAJA berperanan menentang jepun banyak dianggotai oleh bangsa cina kerana perasaan tidak puas hati terhadap jepun yang menyerang  tanah besar China.PKM sebelum merdeka pula berperanan menentang penjajah Inggeris .Para pejuang kemerdekaan pula bukanlah komunis tapi mereka berpakat dengan komunis semata -mata hendak menentang penjajah laknat tu.sama seperti raja-raja dahulu meminta bantuan Inggeris melawan siam...sementara PKM selepas merdeka adalah berperanan menentang tanah melayu hanyalah memenuhi hasrat mereka hendak menjadikan negara ini negara komunis.

Para pejuang kemerdekaan pada sebelum merdeka pada ketika itu seperti mat indera berpendapat sesiapa yang bekerja atau menjadi askar British adalah pembelot bangsa dan mereka harus di tentang.jadi siapakah pejuang kemerdekaan ?
adakah orang melayu yang bekerja sebagai askar British atau mat indera..dan pejuang kemerdekaan seangkatan dengannya?Chin Peng bukanlah pejuang kemerdekaan...disini bukanlah kita nak timbulkan soal chin peng ....yang nak di perkatakan ialah apakah mat indera itu pejuang kemerdekaan atau tidak?sungguhpun yang di serang dibukit kepong itu bangsa melayu .tapi bagi mat indera mereka itu talibarut British.bagi mat indera dia menyerang askar british bukan orang melayu...

ini pendapat saya saja kalau silap tolong betulkan 

Bagaimana memiliki blog yang ramai pembaca?


Salam 

Membina blog yang kemas dan cantik, belum tentu mempunyai
ramai pembaca (pengikut). Rekabentuk (design) blog hanyalah
salah satu faktor kecil sahaja untuk menarik minat pembaca
melayari blog kita.

Sebaliknya, pengisian pada blog menjadi satu faktor kritikal
yang menentukan blog kita mempunyai pembaca yang setia.

Di antara beberapa cara yang boleh dilakukan adalah:

1. Penulisan yang konsisten dan berjadual. Ini memudahkan
pembaca kita tahu bilakah masa kita menerbitkan post di blog.

2. Bertinteraksi pada bahagian komen. Ini adalah satu senjata
rahsia kebanyakan blogger berjaya. Mereka tidak akan membiarkan
pembaca mereka yang memberi komen seperti bercakap seorang diri,
sebaliknya blogger itu akan membalas komen pembaca mereka.

3. Memberi 'reward'. Salah satu caranya adalah dengan memberikan
hadiah kepada 3 ataupun 5 pemberi komen terbanyak.

4. Menulis dengan gaya tersendiri. Kita perlu bezakan diri kita
dengan blogger yang lain.

5. Setiap kandungan blog seperti artikel yang ditulis sebaiknya
dalam bentuk yang berisi seperti fakta, statistik dan kajian,
terutama yang sukar diperolehi di blog-blog lain.

6. Fokus. Penulisan sebaiknya fokus pada topik yang kita kuasai
dan tahu sahaja. Jika mahu mengulas perkara lain, boleh menjemput
blogger lain menulis di blog kita. Ini juga salah satu cara
membina kredibiliti iaitu saling berkongsi 'kepakaran'.

Enam kaedah di atas adalah di antara cara membina blog yang
mempunyai pembaca setia. Dalam erti kata lain, menjadikan
blog kita berpengaruh.


============
Strategi Membina Blog Berpengaruh. Dapatkan ebook ini dengan 
harga RM20 sebelum ia dinaikkan kepada RM30. Dibuka kepada 
20 orang sahaja lagi.

============

Rabu, 7 September 2011

Melayu Mudah Melatah

salam

sekarang ni heboh sangat pasai bukit kepong...mat sabu sokong komunis ,dan lain -lain .pada aku ini hanyalah satu isu yang hanya di perbesar-besarkan pihak media saja.biasalah semua ini ada kepentingan pihak tertentu.

tapi bukan itu aku nak bincang kat sini...tapi sikap melatah orang melayu  sendiri....memang kuat melatah lah orang melayu ni...sampai ada yang nak saman mat sabu....betoi ka?siap buat laporan polis lagi....hahha..

orang melayu memang kuat melatah bila kita sentuh perihal sejarah kemelayuannya itu..tapi kalau pasai agama islam ada yang buat tak endah saja....sudah ada terang -terangan akhbar menghina islam...ah ada aku kesah...
katanya..itulah bangsa yang aku kenal kini


kartun atau karikatur pada halaman 15 Akhbar Utusan Malaysia semalam dengan tajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang dilukis oleh 'Miko' telah dikecam oleh umat islam di Malaysia kerana kartun itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama , menghina dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam

sumber http://www.makbudak.com/2011/06/kartun-akhbar-utusan-malaysia-hina.html#ixzz1XGI4VzAM



Pihak kerajaan dan juga badan lain pula disarankan mengadakan lebih banyak konvensyen nasional dan program bagi menyelesaikan isu-isu agama dalam kalangan umat Islam sekarang yang kebanyakkannya rata-rata dalam  masyarakat Islam sekarang dilihat kurang berpengetahuan agama


sumber http://www.makbudak.com/2011/06/kartun-akhbar-utusan-malaysia-hina.html#ixzz1XGHQz5xK


kita lihat kartun kat atas ... ada ka orang nak saman akhbar tu?...ada ka akhbar tu minta maaf atas penghinaanya itu? setakat ni  rasa aku tak dengar lagi orang melayu nak saman akhbar ni?dan.tak pernah di hebohkan kat tv3 pun?

sebenarnya kita telah ditipu...dalam banyak hal....tapi kita tak menyedarinya.kita telah ditipu oleh pihak
barat .sejarah negara kita juga telah ditipu oleh puak barat.melayu kini bukan lagi melayu asli..


melayu kini bukan lagi melayu asli
melayu kini bercampur dengan serani
melayu kini telah hilang jati diri
melayu kini adalah hamba kepada hati

cuba kita tanya diri kita sendiri melayu kah kita?jika jawapannya ya...memang kita cepat melatah bila isu kaum melayu dipermain-mainkan tapi bila kita tanya diri kita islamkah kita ?jika jawapannya ya ...kenapa kita tak melatah bila isu penghinaan janggut nabi dan penghinaan keatas hukum islam?

berapa ramai kita solat maghrib di masjid? dan berapa ramai yang sedang membeli dan menjual di pasar malam ketika azan maghrib berkumandang?berapa ramai wanita melayu yang bertutup auratnya?

kesimpulannya melayu adalah melayu yang akan bangkit bila ketuanan melayu di permainkan tapi bila
islam di permainkan?lu pikirlah sendiri..........






Sabtu, 30 Julai 2011

AJARAN SESAT DI KEDAH....?


ALOR STAR: Pengikut ajaran sesat Aurad Ismailiah berkelakuan aneh apabila berzikir sambil menari seperti berada dalam disko dan sebutan zikir mereka juga sukar difahami. 


Perkara itu dilihat dalam cakera padat video (VCD) mengenai amalan zikir mereka yang dipertontonkan kepada wartawan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Fadzil Hanafi, di pejabatnya di sini, semalam.

Dalam VCD itu, sekumpulan lelaki yang berpakaian jubah putih dan berserban duduk dan berzikir di sebuah masjid pada jam 5.20 dipercayai waktu pagi.Tidak lama kemudian, kelakuan kumpulan lelaki itu mula tidak terkawal apabila mereka mula bangun dan menari-nari seperti berada di dalam disko.

Fadzil berkata, Aurad Ismailiah diharamkan Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Kedah (Maik) pada 1979, namun ia dikesan dihidupkan kembali di negara ini, April lalu.Ajaran berkenaan kembali diamal dan disebar oleh ketuanya, Mahmud Abdul Rahman, 50-an, dan Madarasah Nurul Iman, Batu 5, Sik, dijadikan sebagai pusat ajaran terbabit.

Sebelum ini, Mahmud sudah dipenjarakan selama sebulan akibat perbuatannya itu. Mengikut pengakuan Mahmud ketika siasatan terhadapnya pada 1979, dia menerima ajaran serta wirid yang dinamakan Aurad Ismailiah itu menerusi ilham ketika dia gila.Dia juga mengaku semasa gila, dia bertapa di Gua Bukit Enggang, Sik, dan gua itu dianggap pengikutnya sebagai Gua Hira manakala batu besar dalam gua itu dikatakan Hajral Aswad, katanya.

Beliau berkata, Mahmud menggunakan ungkapan dalam bahasa Arab yang turut tidak difahaminya bagi menggambarkan ajaran yang dibawanya itu yang bermaksud: Permulaannya gila, pertengahannya aneka ragam dan akhirnya apa saja yang dikehendaki semuanya jadi.Beliau berkata, sehingga kini, ajaran itu sudah tersebar di empat negeri iaitu Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Kedah. 

Di negeri ini, keahlian ajaran itu dikatakan sudah melebihi 100 orang.Pengikut ajaran itu kini meliputi pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan profesional, lelaki dan wanita, katanya.Menurutnya, berdasarkan rakaman VCD itu, jelas perlakuan pengikut ajaran berkenaan bercanggah dengan syariat Islam dan secara tidak langsung menghina Islam dengan memberi imej negatif kepada masyarakat.

Fadzil berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kewujudan kembali ajaran itu mengikut Perkara 166 (a), Enakmen Undang-undang Agama Islam Kedah kerana kesalahan melanggar fatwa yang diwartakan.Sekiranya didapati bersalah di mahkamah, pesalah mengikut Perkara 166 (a) boleh dipenjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali, katanya. 


P/S : agak -agak korang Allah terimakah zikir macam ni?...hanya Allah yg maha mengetahui...
        kekadang tu yang berserban dan bejubah tak semestinya alim.Etahlah kita yang kekurangan ilmu agama
        ni ....terasa takut kalau-kalau salah pilih ajaran..ada syiah la,wahabi la,dan macam-macam lagi . 
        semuanya mengaku merekalah yang benar ...hakikatnya hanya satu ajaran saja yang benar.marilah kita 
        sama-sama berdoa agar Allah tunjukkan kita jalan yang lurus....amin

Isnin, 25 Julai 2011

PHOTOSHOP TEKNIK:CARA TUKAR RIM DAN LOWER KERETA

salam
kali ini aku nak bagitau tentang photoshop,Secara lebih tepatnya ialah edit gambar menggunakan pelbagai program editor picture. Memang best! aku pun baru mula nak belajar memasuki alam edit2 gambar ni .Sampai sekarang, dah banyak gambar2 yang aku  boleh edit. Walaupun nampak gambar macam  tak profesional, tetapi aku  rasa seronok bila hasil nampak lawa pada pandangan mata aku.sekarang ini aku tengah belajar cara nak lower kereta dan tukar sport rim kat photoshop...mungkin lepas ni aku akan masukkan bodykit sekali..hehehehe kat dalam gambar aje lah....kalau kat luar ni  alamat parah la duit aku nanti.kalau korang nak cuba lower keta korang pun boleh gak, senang saja.....cubalah tengo-tengok kat youtube kat bawah ni...





BLOGOBO