blog yang paling aku minati



MEE SIPUT...PEERRGH MEMANG BEST

Jumaat, 18 September 2009

SELAMAT HARI RAYA

                                                             


Pejam celik 2 dah nak raya dah............
bagaikan baru minggu lepas ja kita puasa.
apa pun bagi yang berpuasa penuh sebulan
tu tahniah lah diucapkan.yang dah tinggal 2
atau 3 hari tu(mcm kawan aku shidi tu,atau mantedan ka.......harap bersabar.tahun depan ada lagi.

tapi aku percaya Bean puasa penuh tahun ni.sebab hari tu dia kata sampai hari raya pun x mau makan nak puasa juga .agak-agak la Bean hari raya mana boleh puasa .....harammm

tau dak.untuk bean aku nak tanya ,amacam balik kampung seberang kah
kau tahun ni?untuk pembaca sekelian aku harap semoga anda beraya dengan penuh gembira tahun ni.......memandulah dengan berhemah bila nak balik kampung.jangan berkhemah sudahlah.nanti tak sampai rumah
pula.apa pun layanlah telatah apek di atas untuk sekadar hiburan anda .selamat hari raya aidil fitri .....
MAAF ZAHIR NATIN

Sabtu, 12 September 2009

jalan jalan makan angin




salam
buat kengkawan yang selalu masuk kat blog ni ,
ari ni aku nak post gambar aku pergi jalan-jalan
ngan keluarga aku,saja la... dah cuti sekolah tu.
bawak la dia orang jalan kat gua kelam,perlis .tempatnya memang best la....rugi kalu korang tak pergi.




kiri :pahmi,fatin dan hanif ...waaa..syok sakan la  hampa noo!!!






ni bukan kat gua kelam lagi dah....
ni kat air terjun titi hayun di YAN .kami singgah masa balik
s.p, balik dari hari keluarga TNB.









tengok tuuu..mat pah mi kalau ngan air terjun.
cukup mau...buas nak mampuih.

 



masa balik dari titi hayun, aku singgah pula kat pulau bunting,
wah susah juga nak ke pulau bunting ni,cari jalan kat satu jam baru jumpa,tapi tempatnya best gak.orang memancin banyak la kat sini.kawan aku tu si shidi dia pernah mancing kat sini.

masa tengah malam plak tu ...jumpa hantu wa cakap lu...
lepas tu balik rumah terus demam seminggu...kah kah..kah











                                                                                                                                                                                                                                                                                                      

Isnin, 24 Ogos 2009

H1N1 Adakah rakyat malaysia sedar bahayanya

1.apakah penyakit influenza A(H1N1)?

Influenza A(H1N1) adalah penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang
disebabakan oleh virus influenza A(H1N1).virus influenza ini adalah sejenis virus
yang baru dan terhasil daripada reassortment(percampuran)genetik virus influenza
babi,burung dan manusia.

2.kenapa virus baru H1N1ini dikaitkan dengan 'swine flu'(selesema babi)?

virus ini dikenali selesema babi kerana berdasarkan ujian awal makmal ia
menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi
yang berasal dari Amerika utara.

walau bagaimanapun kajian terperinci menunjukkan bahawa ia adalah sejenis virus baru yang berbeza dengan virus selesema babi sedia ada.

3.Negara mana yang dilanda penyakit ini?

maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan terus menular ke
negara-negara lain.

untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini.sila rujuk
laman web http://www.who.int/en

4.Apakah gejala virus ini?

Gejala influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim
(influenza-like-illness)termasuk demam,batuk,sakit tekak dan sakit kepala .badan berasa sejuk dan lesu.terdapat juga individu yang di jangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.

5.bagaimana kita boleh dijangkiti?

virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin
titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit,permukaan-permukaan
(surfaces)atau tersebar ke udara.seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan,melalui sentuhandengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan
yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

Isnin, 27 Julai 2009

JALAN KAT BANDAR IKAN PATIN-PAHANG

Salam

Hari tu aku dah cerita pasai aku jalan-jalan kat key ell.
Ari ni aku nak cerita sikit pasai aku ke Temerloh Pahang plak.
Aku memang tak pernah pergi Temerloh nih.so teringin jugak nak
Tengok camna yang di katakan Bandar ikan patin ni.

Macam biasa ,aku servey jalan mana yang dekat .setelah di kenal pasti
Jalan kuala kubu –batu cave yang paling senang aku lalui.aku servey
Hotel plak. Nampaknya hotel swiss yang ok sikit.nampak macam baru jugak

Tiba harinya aku pun bertolak lah ke destinasi ,perjalanan mengambil masa
10 jam gak.pemandu berhemahlah katakan 110km/j saja.tiba destinasi
Aku terus mencari hotel swiss.tiba tiba aku lihat betul ka hotel swiss ni?
Ya Allah kenapa indah kabar dari rupa?

Tak bleh jadi ni ,aku terus mencari hotel lain .akhirnya aku jumpa hotel
Jelai .kira ok juga hotel ni baru lagi.malamnya aku pekena nasi dengan gulai
Ikan patin .wow bestnya sedap hingga hirup kuah. Tapi harganya mahal sikit lahh.

Selama tiga hari aku kat sana .tak tau nakjalan mana?lantas aku balik singgah kat
Key ell.shoping sikit kat jln. Masjid india .kemudian terus balik .sampai kat rumah memang betul –betul penat.,aku pun menidurkan diriku sehingga esok.

hotel jelai 1

hotel jelai

persisiran sg pahang

Photobucket

Sabtu, 18 Julai 2009

JALAN JALAN DI KUALA LUMPUR

SALAM
emmmm ...rasanya dah lama aku tak menaip kat sini .kebelakangan ni sibuk sikit.
aku kena kursus plak kat kl.aduisss.banyak pula nak guna duit bulan ni.nak minta advance kat pejabat pun susah,so terpaksalah pakai duit sendiri.

aku pun tak pernah pergi kat kepong ni?aku nak tinggal kat otel mana?kekadang tu aku pikir bagus juga ada streamyx ni .aku bleh survey dulu otel mana yang murah?,dan dekat dgn tempat kursus.aku gunakan google map untuk survey jalan yang dekat dan senang utk. sampai sesuatu tempat.kannn senang.nak di jadikan cerita akhirnya sampai lah aku kat kl.

aku pun terus ke hotel CRYSTAL CROWN .ok gak otel ni.taklah mahal sangat .double bed pun baru rm 158 ja.banyak juga tempat yang sempat aku pegi.antaranya jln masjid india ,uptown,dataran merdeka dll.kalau anda nak beli barang murah bleh la ke uptown setapak.acc keta pun ada jual kat sana .sebenarnya aku tak pernah pegi uptown ni.
so aku pun pakai pemandu pelancong la .dia ni memang selalu pegi setapak .dari kepong aku ikut ja cakap dia ,belok kiri la, kanan la,jalan terus la, sampai dataran merdeka jalan terus lagi.alih-alih sampai batu cave,ahh sudahhh...punggahhhh kata mydin.

tetiba ja dia cakap..dah x ingat jalan mana ?nak balik kepong pun x tau jln. mana ?
adussss....maka terpaksalah aku menggunakan kepakaran aku mencari jalan pulang..hampehh.x guna punya pemandu pelancong.keesokannya malam aku pegi setapak lagi.tapi kali ni aku guna kepakaran sendiri...ahh.dalam masa 15 minit aku sudah bleh sampai dah...orang umah apa lagi....serbuuu kita shoping..

itulah pengalaman aku kursus kata kl.ada banyak lagi tapi takut korang jemu nak baca la plak.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

BLOGOBO