blog yang paling aku minati



MEE SIPUT...PEERRGH MEMANG BEST

Selasa, 28 Disember 2010

MENGAPA AKU TAK BERJAYA DALAM BISNES ONLINE

Mengapa aku tak berjaya dalam dalam bisnes online? itulah yang bermain dalam benakku walaupun aku
sebenarnya tahu sebab dan musababnya.Bukan senang kita nak berjaya dalam perniagaan internet ni.
Sedangkan yang cerdik pandai dalam selok belok komputer pun belum tentu boleh berjaya dalam perniagaan ni. inikan pula aku yang baru setahun jagung berjinak-jinak dalam dunia  internet.

Walaubagaimanapun aku menyimpan hasrat agar suatu hari aku berjaya dalam bisnes online ni.Bukan aku tak berusaha ....kadang-kadang sampai naik pening kepala aku memikirkan bagaimana cara nak buat posting,
bagaimana cara aku nak iklankan blog aku ni? dan barang apa aku nak jual di sini ?

AFFILIATE?

Aku dah cuba cara ni tapi kurang berkesan .Bukan program ni tidak bagus tapi aku yang tidak pandai mempromosikan barangan yang hendak di jual. Itulah kelemahan yang aku miliki...bayangkanlah dalam kesibukan aku bekerja seharian mana aku ada masa nak mempelajari selok-belok perniagaan internet.
walaupun aku memerlukan wang tambahan dalam keperluan harianku...tapi aku terpaksa terima seadanya..

SEBAB-SEBAB AKU TIDAK BERJAYA DALAM BISNES ONLINE

1 )  kekurangan ilmu mengenai internet
2 )  masa amat terhad untuk mengadap komputer
3 )  kurang pengetahuan dalam bahasa inggeris 
4 )  saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan

ANTARA BISNES ONLINE YANG AKU PERNAH CEBURI .

1 BUXTO
2 EBAY
3 PAYDOTCOM
4 PEPPERJAM
5 MUDAH (hanya 2 buah kereta yang aku mampu jual setakat ini)
6 ALIBABA 
7 DAN BANYAK LAGI .(dah lupa dah)

Jumaat, 13 Ogos 2010

The Arrival.....Sudahkah Anda Bersedia ?

SALAM....

Sempena bulan yang mulia ini aku ucapkan selamat berpuasa kepada yang beragama islam.semoga puasa anda pada tahun ini lebih bermakna...dan lebih bayak pahala dari tahun sebelumnya.Dalam melayari liku-liku hidup ini memang manusia tidak dapat lari dari melakukan dosa,oleh itu marilah kita sama-sama berlumba membuat amal kebajikan dan berbanyak-banyak memohon ampun kepada ALLAH diatas segala dosa yang kita lakukan.Mudah-mudahan ALLAH ampunkan dosa kita di bulan yang penuh keberkatan ini.

Kawan....sempena bulan yang mulia ini ,aku ingin kongsikan sedikit video dari youtube untuk kita renungkan bersama ,ia mengisahkan sebuah rancangan jahat yang diatur oleh dajjal laknatullah dan konco-konconya....diharap video ini dapat memberi sedikit keinsafan kepada anda sekalian ....sekian 

 


Khamis, 10 Jun 2010

AKIBAT BODOH SOMBONG.....AKHIRNYA ?

SALAM

akhirnya baru hari ni aku berkesenpatan menaip di sini.al maklumlah dah  tiga bulan dah aku berkursus.
walau bagaimanapun aku cuba lah update blog ni....

kawan...apakah itu bodoh sombong?bodoh sombong ialah satu sifat seseorang itu yang teramat bodoh,
sehinggakan keldai yang bodoh di padang pasir pun lebih pandai sedikit dari orang yang bodoh sombong.

maaflah kawan... saya tak pandai berkata-kata tapi....kalau nak tau orang yang bodoh sombong tu ...
haaa...cubalah lihat video kat bawah ni...


Rabu, 5 Mei 2010

pak long-selagi ada rindu


pertama kali aku dengar lagu ni kat uniten,wah best gila masa tu.
so kat sini aku nak share lah sikit ngan korang ,layan ajelah.

ni plak lagu medley "luahan hati" dan "memang khilafku "
penyanyi asalnya memang aku x tahu siapa .kalau korang tau cuba bagitau kat aku siapa ,ye?

Khamis, 1 April 2010

ADNAN SEMPIT best ker?

'adnan sempit" mengikut kawan aku yang pergi tonton cerita ni,
katanya best gak lawak dia.boleh ketawa sampai kluar air mata.

oleh kerana termakan hasutan kawan aku tu,maka aku pun
download lah cerita ni....ceritanya mengisahkan nan sempit
ni yang dok tergilakan boss dia ..ntah layan ka tidak bos dia ni ...
kena la korang download ceita ni...kalau nak tengok online pun boleh gak.
klik aja kat gambar di bawah.

p/s tapi x rugi tengok kerana cerita ni best sangat.


BLOGOBO