blog yang paling aku minati



MEE SIPUT...PEERRGH MEMANG BEST

Isnin, 24 Ogos 2009

H1N1 Adakah rakyat malaysia sedar bahayanya

1.apakah penyakit influenza A(H1N1)?

Influenza A(H1N1) adalah penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang
disebabakan oleh virus influenza A(H1N1).virus influenza ini adalah sejenis virus
yang baru dan terhasil daripada reassortment(percampuran)genetik virus influenza
babi,burung dan manusia.

2.kenapa virus baru H1N1ini dikaitkan dengan 'swine flu'(selesema babi)?

virus ini dikenali selesema babi kerana berdasarkan ujian awal makmal ia
menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi
yang berasal dari Amerika utara.

walau bagaimanapun kajian terperinci menunjukkan bahawa ia adalah sejenis virus baru yang berbeza dengan virus selesema babi sedia ada.

3.Negara mana yang dilanda penyakit ini?

maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan terus menular ke
negara-negara lain.

untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini.sila rujuk
laman web http://www.who.int/en

4.Apakah gejala virus ini?

Gejala influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim
(influenza-like-illness)termasuk demam,batuk,sakit tekak dan sakit kepala .badan berasa sejuk dan lesu.terdapat juga individu yang di jangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.

5.bagaimana kita boleh dijangkiti?

virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin
titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit,permukaan-permukaan
(surfaces)atau tersebar ke udara.seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan,melalui sentuhandengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan
yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

Isnin, 27 Julai 2009

JALAN KAT BANDAR IKAN PATIN-PAHANG

Salam

Hari tu aku dah cerita pasai aku jalan-jalan kat key ell.
Ari ni aku nak cerita sikit pasai aku ke Temerloh Pahang plak.
Aku memang tak pernah pergi Temerloh nih.so teringin jugak nak
Tengok camna yang di katakan Bandar ikan patin ni.

Macam biasa ,aku servey jalan mana yang dekat .setelah di kenal pasti
Jalan kuala kubu –batu cave yang paling senang aku lalui.aku servey
Hotel plak. Nampaknya hotel swiss yang ok sikit.nampak macam baru jugak

Tiba harinya aku pun bertolak lah ke destinasi ,perjalanan mengambil masa
10 jam gak.pemandu berhemahlah katakan 110km/j saja.tiba destinasi
Aku terus mencari hotel swiss.tiba tiba aku lihat betul ka hotel swiss ni?
Ya Allah kenapa indah kabar dari rupa?

Tak bleh jadi ni ,aku terus mencari hotel lain .akhirnya aku jumpa hotel
Jelai .kira ok juga hotel ni baru lagi.malamnya aku pekena nasi dengan gulai
Ikan patin .wow bestnya sedap hingga hirup kuah. Tapi harganya mahal sikit lahh.

Selama tiga hari aku kat sana .tak tau nakjalan mana?lantas aku balik singgah kat
Key ell.shoping sikit kat jln. Masjid india .kemudian terus balik .sampai kat rumah memang betul –betul penat.,aku pun menidurkan diriku sehingga esok.

hotel jelai 1

hotel jelai

persisiran sg pahang

Photobucket

Sabtu, 18 Julai 2009

JALAN JALAN DI KUALA LUMPUR

SALAM
emmmm ...rasanya dah lama aku tak menaip kat sini .kebelakangan ni sibuk sikit.
aku kena kursus plak kat kl.aduisss.banyak pula nak guna duit bulan ni.nak minta advance kat pejabat pun susah,so terpaksalah pakai duit sendiri.

aku pun tak pernah pergi kat kepong ni?aku nak tinggal kat otel mana?kekadang tu aku pikir bagus juga ada streamyx ni .aku bleh survey dulu otel mana yang murah?,dan dekat dgn tempat kursus.aku gunakan google map untuk survey jalan yang dekat dan senang utk. sampai sesuatu tempat.kannn senang.nak di jadikan cerita akhirnya sampai lah aku kat kl.

aku pun terus ke hotel CRYSTAL CROWN .ok gak otel ni.taklah mahal sangat .double bed pun baru rm 158 ja.banyak juga tempat yang sempat aku pegi.antaranya jln masjid india ,uptown,dataran merdeka dll.kalau anda nak beli barang murah bleh la ke uptown setapak.acc keta pun ada jual kat sana .sebenarnya aku tak pernah pegi uptown ni.
so aku pun pakai pemandu pelancong la .dia ni memang selalu pegi setapak .dari kepong aku ikut ja cakap dia ,belok kiri la, kanan la,jalan terus la, sampai dataran merdeka jalan terus lagi.alih-alih sampai batu cave,ahh sudahhh...punggahhhh kata mydin.

tetiba ja dia cakap..dah x ingat jalan mana ?nak balik kepong pun x tau jln. mana ?
adussss....maka terpaksalah aku menggunakan kepakaran aku mencari jalan pulang..hampehh.x guna punya pemandu pelancong.keesokannya malam aku pegi setapak lagi.tapi kali ni aku guna kepakaran sendiri...ahh.dalam masa 15 minit aku sudah bleh sampai dah...orang umah apa lagi....serbuuu kita shoping..

itulah pengalaman aku kursus kata kl.ada banyak lagi tapi takut korang jemu nak baca la plak.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Isnin, 15 Jun 2009

TIPS : mahukah anda menjadi kaya

salam

mahukah anda menjadi seorang yang kaya?mahukan kereta mewah?jika anda ingin menjadi
seorang yang berjaya dan kaya ,nah disini saya sertakan beberapa tips yang boleh anda ikuti dan praktikkan.

1. jika anda mempunyai hutang keliling pinggag.pastikan anda langsaikan hutang piutang ini.jangan bermimpi nak bergaya berlebih-lebihan.terutama sekali hutang
rumah, kereta kad kredit dan lain-lain.

2. jika anda mempunyai pendapatan samada tetep atau sampingan ,pastikan
anda menyimpan sebahagian besar pendapatan tersebut.dan pastikan ia mampu menampung
kehidupan anda selama satu atua dua tahun.

3. cadangan yang terbaik ialah menyimpan 60 peratus dan anda berbelanja hanya
40 peratus .kalau anda dapat menyimpan lebih dari itu lagi bagus kan?

4. kalau boleh belilah barang-barang secara tunai.elakkan dari membeli secara hutang.
kalau anda dapat kawal nafsu anda dari membeli benda-benda yang merugikan, ia lebih baik.

ingat !!!!!!!!sesal dahulu pendapatan sesal kemudian ....lu pikirlah sendiri


Photobucket

Rabu, 10 Jun 2009

ISU HANGAT :biar betul ini kereta apis?

minggu lalu cd jalut ada jumpa aku kat kg.mempelam.sedang kami sembang tetiba
masuklah bab apis ngan mizan.aku kata mizan dah nak tukar keta.so dia tanya pendapat
aku ,camna kalau dia tukar keta GTI dia ngan evo ix ? aku jawab kat dia ok lah .
bukan apa kalu dia beli evo ix aku bleh tumpang merasa sama.
almaklumlah aku ni dah tak mampu nak beli.merasa hak orang pun jadilah..

cd jalut kata apis pun dah beli keta gak.aku tanya dia apis beli keta apa ?
cd jalut kata tunggu....sat gi dia nak mai hang tengok lah keta apa.sedang aku menunggu aku pun dok pikir-pikir keta apa apis beli ni ?evo ka?atau keta wira turbo?
aku dok dok terbayang gak ,kalau apis beli keta macam kat bawah ni....




honda prelude




wahhhh... kalah aku apis oii...tapi tak pa ,paling kurang aku bleh merasa gak keta hang.memang cun gila la keta ni.kira orait apa... sepupu aku bleh pakai keta hebat cam ni.enjin v-tec lagi tu.tetiba tengah aku dok terbayang -bayang nak merasa keta seperti itu..sebuah keta masuk ke laman rumah PI.aik..sapa plak mai ..nampak macam keta ustaz talib ja...aku tak kesah sangat .yang cd jalut asyik tersengih ja ..apahal la mamat ni.turun la seorang jejaka hensem gitu..ala-ala muka macam raja sms tu..ala...mawi la. sapa lagi?oh apis rupanya ingat kan siapa?nak tau keta apa apis beli ? ha.. tengok la kat bawah ni....




waja

laaa...awat hang beli keta owang tua apis oiii...kalu hang beli perdana pun ok gak.
aku tengok bebudak muda la ni make up perdana sikit punya lawa ka?.tapi tak pa la ,sekurang-kurangnya hang bleh buat evo celup ..tu pun kira orait la...

BLOGOBO