blog yang paling aku minati



MEE SIPUT...PEERRGH MEMANG BEST

Rabu, 9 Februari 2011

KALAU BERPACARAN :CSDP (MEMANG LAWAK)





pernahkah korang tengok video klip ni di youtube?semalam semasa aku sedang boring...booringggg gile nih..tergatal lah tangan aku mencari klip-klip video di youtube .arakaian ..maka terjumpalah aku akan videoklip ini .........lalu aku sharelah ngan korang.kalau korang nak tau semua ini dibuat sendiri olehcik shida .cik shida ni merupakan seorang cikgu di sebuah sekolah di perak.kalau nak ketahui lebih banyak lagi tentang cik shida ni.. silalah ke sini 

http://www.churpchurp.com/limpong85/share/churpchurp-invite

Jumaat, 21 Januari 2011

pantun merapu @ jiwa kacau aku dan bos...bhg 2

bos aku ni jenis cina zaman batu,
bila aku sound dia ..mulalah dia naik hantu,
cakap banyak tak guna ..baik aku blah dulu,
aku pun mulalah melangkah seribu blah ikut pintu...

di dalam waja  fikiranku berpusing-pusing ,
fikir begitu  salah ,fikir begini  pening,
habis semua roundbot  alor setar aku pusing,
last-last kat depan klinik juga aku parking,

korang nak tau kenapa klinik tempat aku tuju?
ya..betul ..tentu la nak jumpa dr raju,
mesti korang tanya kenapa nak jumpa dr raju?
aku jawab mestilah nak periksa ..takut ada swine flu....

setelah mengambil ubat hilanglah aku punya pening,
kepala aku pun dah tidak lagi berpusing,
maka boleh lah aku melakukan perkara yang terpenting,
apa lagi?.....bolehlah aku mulakan berblogging,

kat sinilah aku mula merasa tenang,
sampai nak buat kerja pun tak senang,
alih-alih  seminggu dah kerja aku tak datang,
dan sekarang ni ,,,,aku dah pun kena buang .

pantun ini memang pantun merapu,
dah tak dak kerja ...aku tulislah walaupun aku tipu..
kalau korang dah baca ..bacalah dengan berlagu,
agar nanti korang juga akan merapu seperti aku,


pantun merapu @ jiwa kacau aku dan bos...bhg 1

Hari hari aku pergi kerja ,
pergi kerja dengan WAJA ,
sampai di pejabat aku malas kerja ,
asyik sembang saja ,aku pun tak buat kerja,

tersebutlah kesah akhirnya boss pun nampak,
dia kata hang ingat pejabat ni hang punya bapak?
aku terdiam seribu bahasa ,buat -buat pekak,
dia kata awat hang diam, nak kena penyepak?

hati aku pun mula panas bila dia cakap macam tu.
badan dia besar lembu pun aku nampak besar kutu.
aku tak boleh tahan dah ,satu macam saja dia ushar aku.
aku sound dia ... awat?lu ingat wa takut kat lu?




Khamis, 6 Januari 2011

MENTERI MALAYSIA ROGOL AMAH INDONESIA -betulkah?....kalau betul...?

Rogol Amah: SAMM lapor polis, dakwa ada bukti
Nazri Abdullah 
KUALA LUMPUR, 5 Jan: Ekoran isu dakwaan seorang menteri merogol pembantu rumah warga Indonesia, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini akan membuat satu laporan polis dan mendakwa mempunyai dokumen berkaitan.
Pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin dijangka akan membuat laporan polis tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2, jam 10.45 pagi ini.

Laporan polis itu merupakan perkembangan terbaru isu tersebut yang kini mengundang berdebatan hangat di ruang maya khususnya blog-blog politik.
Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam satu kenyataan lewat petang semalam turut menggesa menteri yang didakwa terlibat, segera membersihkan nama beliau.

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, perdebatan dalam blog-blog kini jelas merujuk kepada nama seorang menteri, dan menteri itu perlu memberi respon segera.

"Sejauhmana kebenarannya, hanya beliau dan Tuhan sahaja yang mengetahuinya.
Selain penafian menteri tersebut, AMK juga turut menggesa Perdana Menteri melakukan penyiasatan menyeluruh demi membersihkan maruah negara yang tercemar.

Menurutnya, jika dakwaan ini benar, ianya bakal memberi kesan yang negatif kepada hubungan serantau Malaysia-Indonesia berikutan sikap 'duduk dan diam' oleh kerajaan Malaysia.

Sejak tiga siri pendedahan berhubung isu itu disiarkan Harakahdaily, rangkaian bloger terus memperdebat dan mencari siapa menteri yang didedah oleh laporan WikiLeaks itu.
Pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan, NGO Tenaganita dan NGO pekerja Indonesia, Migrant Care, antara yang awal tampil dengan perincian berhubung dakwaan ini.

Tersebarnya dokumen salinan bertajuk ‘Laporan Investigasi Robengah (BMI) yang mengalami perkosaan oleh majikannya’ telah menjadi rujukan utama para bloger dalam mencari nama menteri tersebut.

"Dalam waktu terdekat, AMK akan menghantar beberapa orang Exco untuk suatu misi mendapatkan maklumat (fact findings mission) mengenai jenayah terkutuk ini dengan mengunjungi pihak Migrant Care dan juga pihak Kedutaan Indonesia bertujuan untukmendapatkan fakta-fakta yang sebenar berkaitan kejadian rogol ini," tambah Shamsul lagi.

Kes rogol ini didakwa telahpun berlaku sewaktu pemerintahan Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi, tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil kononnya untuk 'mengelakkan konflik serantau'.
Kejadian tersebut didakwa berlaku pada 19 Februari 2007 dan mangsa dikatakan telah dipaksa untuk mendiamkan perkara ini berikutan ugutan yang dibuat ke atas mangsa.

"AMK yakin dan percaya, sekiranya dakwaan ini benar, isu ini membawa impak yang sangat buruk kepada kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Sri Najib Tun Razak, dalam keadaan beliau gagal menjamin kredibiliti dan integriti kabinet beliau sehinggakan tergamak mengekalkan seorang penjenayah seksual di dalam kabinet beliau," katanya.

P/s.. kita tgk apa reaksi PDRM.. ala mcm x biasa.. dah tahupun apa tindak balas diaorg tuhhh... hampehhh

sumber dari  www.topix.net / forum 


Semasa aku menjelajah dalam forum di topix.net ternampak pulak isu yang sedang diheboh-hebohkan sekarang ni....
alah.......pak menteri pula buat hal...tapi isu ni dah lama dah.cuma sekarang saja baru timbul.kemungkinan pilihanraya semakin dekat ..


jika betullah perkara ini berlaku...maka hubungan antara malaysia-indonesia semakin parah.dan khabarnya amah yang kena rogol tu sudah berkahwin..maka tidak hairanlah kenapa rakyat indonesia terus membenci malaysia....


lagi bukti tentang menteri rogol amah klik  ( di sini)



Rabu, 5 Januari 2011

ceramah ustaz kazim elias -tackle hati isteri






Ustaz Mohd Kazim Elias- Kelebihan Lelaki yang Berkahwin

BLOGOBO