ARKIB : 24/11/2009
Lagu Merapu Mat Salleh di Sinar FM tidak berfaedah
JIKA ada hadiah untuk rancangan radio yang tidak memberi apa-apa faedah, saya rasa pemenangnya ialah Lagu Merapu Mat Salleh yang disiarkan setiap pagi oleh stesen radio Sinar FM.
Sebabnya, walaupun lagu-lagu yang dinyanyikan oleh DJ Sinar FM, Salih Yaacob itu bersifat merapu, saya berpendapat, seseorang itu tidak wajar dengan sengaja merosakkan sesuatu bahasa.
Malah kini, kita dengar mengenai ura-ura satu undang-undang akan digubal bagi mencegah penyalahgunaan bahasa Melayu.
Dalam rancangan Lagu Merapu Mat Salleh ini, Salih Yaacob menterjemahkan lirik lagu Melayu ke bahasa Inggeris yang hampir 100 peratus merosakkan bahasa Inggeris itu sendiri.
Radio sebagai satu media untuk memberi maklumat kepada orang ramai sudah tentu mempunyai pendengar yang luas. Mungkin ramai pendengar yang lemah penguasaan bahasa Inggeris akan menganggap bahasa Inggeris yang digunakan oleh Salih itu bahasa yang betul.
Mereka akan terikut-ikut dengan kecelaruan bahasa yang digunakan dan ini mengakibatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka semakin teruk.
Gunakanlah media seperti radio untuk mengajar sesuatu yang memberi faedah kepada rakyat, bukan merosakkan.
Batu Caves, Selangor">
''Mungkin ramai pendengar yang lemah penguasaan bahasa Inggeris akan menganggap bahasa Inggeris yang digunakan oleh Salih itu bahasa yang betul.''..sorry ye cik ..sorry bebanyak..aku yang x pass b.inggeris
,x pandai cakap dan x paham sepatah haram b. inggeris ni pun tau tu lagu merapu.aku dengar pun tau bahasa inggeris tu tunggang langgang,so ...layan la...takkan ko nak ambik lagu merapu tu wat jawap peksa plak?ini zaman moden la..jangan ingat kau tu pandai..BI..kami yang bodo ni tak reti nak bezakan yang mana
betul yang mana salah?
''Gunakanlah media seperti radio untuk mengajar sesuatu yang memberi faedah kepada rakyat, bukan merosakkan.''ada pekdah pa..sinar pagi tu...kau yang kurang mendengar sinar.
p\s untuk KE,SY DAN KRIL TANPA KAMU SEMUA MAKA TAK BERSINAR LAH PAGI KAMI...
KAU KUNCI CINTAKU DLM HATIMU-VERSI OMPUTEH
cari jodoh versi omputeh
cari jodoh versi omputeh
4 comments:
aku sokong la ko punya kenyataan.
geram je dgn org yg x puas hati lagu merapu ni.. dia igt lgu tu merosakkan bahasa melayu. mana ade pn, xde bahasa rojak satu pn. yg ade bhasa iggeris yg tunggang langgang. aku kalo ckp bhasa inggeris pn lg merpu dri lagu merpu.. ni dah ok la. yg penting kiteorg hepi.. org yg x puas hati tu dgn rncangan ni bole dgn chanel lain yg xmerapu...
aku angkat 2,2 belah tgn sokong hg..dh nama pn lagu mrapu, apahal nk take it srius plak..bleh tahan bangang lah
nk belajar bahasa inggeris serius pegi sekolah la... radio hits fm pun english rojak smcm. tu radio inggeris tu... inikan pulak radio melayu. bodo xdapat beza benda lawak dengan yg serius! xsuka jgn dengar sinar.
Ridzo....
betul cakap awak tu lain kali dengar classick fm saja ...kah.kah
Catat Ulasan