blog yang paling aku minati

MEE SIPUT...PEERRGH MEMANG BEST

Selasa, 27 September 2011

Biru Itu Bukanlah Hitam


Entah apa yang sedang aku fikirkan,mencari sesuatu penjelasan yang sedang dalam kekusutan Memerhati ke dalam jiwa dan sanubari,apakah aku masih lagi  di sini ...aku tak pasti.Dimana harus aku mencari identiti diri,untuk aku terus berblogging...ahhh kepalaku sudah pusing.Satu demi satu laman web aku terjahi,dari blog otai dan juga yang baru dua tiga hari .

Aku pening,pening,peninngg....siapalah aku untuk menggagahi,menyusuri dunia badai berblogging.Aku tidak punya kemahiran, jauh sekali kepandaian,yang aku tahu hanyalah meluahkan perasaan.Walaupun tiada pembaca meniggalkan pesanan,namun aku tetap membiarkan jari-jemariku menekan.Menekan mengikut perasaan,perasaan yang menghamburkan kekecewaan.

  

Apakah aku sudah kehabisan idea?  keserabutan berserabut dalam kepalaku .Oh idea kunjunglah dikau walau di mana adanya engkau ?Buntu ....aku masih buntu mencari jawapan kerna tiada rakan meninggalkan pesanan.Wahai rakan ...sudilah kiranya dikau meninggalkan pesananmu agar aku tidak bisa termanggu...dan terkedu.

Aku masih baru...itulah kata-kataku sekadar memujuk hatiku yang sedang pilu.Apabila otak sudah keliru aku menjadi haru biru....lantas tidak mengenal antara sos dan budu.



Rabu, 14 September 2011

MEE SIPUT ..PEERRRGHH MEMANG BEST


Pernahkah anda makan mee siput? Mee siput ni memang terkenal di sebelah selatan tanahair.
Adakah anda ingin merasai keenakan mee siput ? Mee siput ini hanya boleh di dapati di Muar sahaja di tempat lain aku kurang pasti. Mee siput nie sedap di makan dan diminum bersama  kopi 434 yang popular di muar jugak. memang sedap dan sambal dia memang marvelous ‘PEDAS’




Kini, mee siput bukan saja boleh didapati di Muar, tetapi boleh didapati dari seluruh Malaysia. Tak perlu susah-susah cari kawan balik Muar, nak kirim beli mee siput. Korang boleh beli mee siput secara online saja di meesiput .com. Mee siput ni boleh dihantar ke semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Korang jangan risau pasal penghantaran, kualitinya terjamin.






apa kata mereka


1).Originally Posted by fnd75 View Post
update sikit - testimoni aku plak:

1. sambal paling power penah aku makan, mmg ngam dgn mee siput ni (curah dulu sambal lepas tu kasik renyuk)
2. amik pukul 1 lebih tadi - COD dgn TT & husband, sampai pkl 10 mlm ni dh 4 bungkus aku taram
3. aku borong 6 bag siap dpt extra 3-4 bungkus (tima kasih daun keladi, lepas ni boleh COD lagi)
4. org JB boleh kontek aku kalo nak rasa mee siput lazat ni

* rasa mcm nk makan lagi la...

~ fnd75

(2)saya punya dah dpt tgh hari.tadi baru makan.ape yg saya boeh katakan mmg sedap dari lain yang lain.paling sedap sambal dia.pedas berdesing tuu...sampai skang rasa lagi pedasnya.hehe.

p/s:sambal tu buat sendri ke?mcm sambal giling je.

(3)Ni testimonial selepas aku beli dan aku makan..

1. barang disampai dalam masa 1 hari. Kiranya cepat gak la. Barang 

dalam keadaan baik. Hancur sikit-sikit aje. Tapi semuanya masih mantap.

2. Setiap hari aku makan satu. Aku anggap macam makanan ringan. Lagi-lagi bila musim bola dan piala thomas ni dah bermula. Memang dah jadi makanan ruji aku bila nonton. Kekadang sekali 2 bungkus aku tibai..

3. dari segi rasa, sambal dia memang terasa. Tanpa sambal ni, aku tak rasa ramai orang akan suka dengan mee siput ni. Sambal memainkan peranan. Cukup pedas. Dan aku memang suka benda-benda yang pedas nih..

Ok dah. Cukup. Itu yang aku rasa, aku pegang, aku nampak dan aku makan. So far, baguslah untuk makanan ringan. Takdelah asyik makan jajan dan kopok aje. Hehe..



jadi...apa tunggu lagi ? order la...


Isnin, 12 September 2011

Buat Duit Dgn Program ChurpChurp

Churpchurp adalah program yang membolehkan anda mempromosikan link yang diberikan kepada anda. Anda akan dibayar mengikut klik ataupun signup. Hanya promosikan url anda di twitter/facebook dan blog.  Anda boleh daftar di laman churpchurp ini. Program ini adalah percuma. 



Saya pasti ramai yang dah tahu atau pernah denganr tentang ChurpChurp, tapi masih tertanya-tanya bagaimana cara buat duit dengan churpchurp ni. Saya sendiri masih baru je join churpchurp ni. Jadi, tak salah kan saya share serba sikit info pasal churpchurp ni disini walaupun agak terlewat.

buat duit dengan churpchurp
buat duti dengan churpchurp

Apa itu churpchurp?

Churpchurp adalah salah satu program cara mudah untuk buat duit di internet untuk rakyat Malaysia . Churpchurp ialah adik kepada Syarikat Nuffnang (bukannya pesaing) . Dengan hanya mempromosi  offer dari pihak churpchurp di  Twitter, Facebook, YM, blog. Mungkin sebab ia lebih banyak mengunakan medium twitter, logo churpchurp juga berbentuk burung seperti logo twitter. Ok, disini saya tunjukkan cara buat duit melalui Churpchurp!

1. Mula-mula anda perlulah daftar akaun Churpchurp terlebih dahulu. PERCUMA je.
2. Pergi ke  bahagian Settings dan isi semua maklumat berkaitan seperti Personal Info, Twitter,          Facebook, dll Dah siap!
 Ok, sekarang ni anda pergi ke menu Dashboard dan lihat General Guide pada sidebar sebelah kiri.  

 Disitu ada diimaklumkan bahawa ada 3 cara anda boleh buat duit dengan ChurpChurp ni.

3 Cara buat Duit dengan ChurpChurp
1) Social Sharing Churpchurp
Ia merupakan cara paling senang untuk buat duit dengan churpchurp sekali sebab anda tak perlukan sebarang kelulusan dari pihak admin.
churp2info1
Hanya share link yang diberikan untuk campaign yang sesuai. Anda akan mendapat ganjaran bila ada yang klik link yang anda berikan itu. Antara cara promosi link paling mudah ialah menggunakan platform sosial, misalnya blog, Twitter, Facebook, IM, atau e-mel.

2) Social Seeding ChurpChurp
Melalui cara ini, anda akan ditugaskan untuk menyampaikan mesej pengiklan pada platform media sosial seperti Twitter, Facebook. Hanya ikuti arahan yang pihak mereka berikan.

3) Scheduled Tweets ChurpChurp
Untuk cara ini, anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 25 follower di akaun Twitter anda. Pihak churpchurp akan hantar review twit yang akan anda submit sebelum diapprove. Anda perlu tulis dengan kreatif tweet tersebut dengan memasukkan kata kunci yang disediakan.
Berapa Bnyak ChurpChurp akan bayar?

Bayaran yang diberikan pada saya agak berbaloi iaitu sekitar  RM0.20 hingga RM0.40 untuk setiap unique click. Ya, itu 1 klik. Kalau dalam sehari anda mampu mendapatkan hanya 20 klik, jadi dalam masa sebulan anda boleh jana lebih dari RM100. Mudah bukan?
Kalau ada yang tanya cara mudah tingkatkan klik pada churpchurp ini jawapannya ialah FACEBOOK dan Twitter! Melalui facebook bukan sahaja anda boleh bersosial, tetapi juga boleh buat duit melalui churpchurp menggunakan platform facebook. Jadi tugas anda hanyalah post di facebook dan tunggu sahaja duit anda masuk.
Mudah bukan buat duit dengan churpchurp ni!!

P/s 18 sx dilarang Klik link di bawah


ingin mengetahui lebih lanjut sila ke Asmawati .com
kredit to Asmawati.com

Now you can earn rewards by sharing through facebook and twitter with #ChurpChurp! How cool is that?

Now you can earn rewards by sharing through facebook and twitter with #ChurpChurp! How cool is that?

Khamis, 8 September 2011

M,AT INDERA ATAU ASKAR YANG BEKERJA DGN BRITISH PEJUANG KEMERDEKAAN





INI TANDA PENGHORMATAN 




SIAPA DI OSMAN BIN TEH atau NOM DE GUERRE : PILUS
 



Kawan kita ini berasal dari Sanglang, Kedah. Bergerak aktif dalam Angkatan Pemuda Insaf. 


Kemudian menyertai platun Melayu Rejimen ke 8 PKM berpengkalan di Kedah, antara beberapa lokasi yang pernah dijadikan pengkalan ialah Padang Lembu, Gunung Bongsu, - sebelum bedrpindah ke Bukit Tangga. 


Seterus beliau berhijrah ke Rejimen ke 10 di Sukhirin. Satelah perjanjian damai, beliau membuat keputusan pulang ke tanahair dan sekarang menetap di Padang Besar. 


Sijil Pejuang Kemerdekaan ini di hadiahkan oleh Menteri Besar Perlis, Sahidan Kassim pada tahun tahun 2007 sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 50. 





NOM DE GUERRE - PILUS
 



NOTA:
 

angkat senjata lawan britisg 
bukan berunding 
bukan bodek 
nak halau british 
kena buru mereka dari tanah air!
 



NOTA: 
sepfintau fintau shahidan kassim 
dia sedar akan sejarah perjuangan 
syabas shahidan a.k.a shahidan ball ( ini cerita lain)

hmmm....masih dengan isu komunis lagi.Tak perlu di persoalkan lagi siapa komunis dan siapa pejuang kemerdekaan.
pendapat aku senang saja.PKM ialah singkatan parti komunis melaya sebelumnya ialah MPAJA .
MPAJA berperanan menentang jepun banyak dianggotai oleh bangsa cina kerana perasaan tidak puas hati terhadap jepun yang menyerang  tanah besar China.PKM sebelum merdeka pula berperanan menentang penjajah Inggeris .Para pejuang kemerdekaan pula bukanlah komunis tapi mereka berpakat dengan komunis semata -mata hendak menentang penjajah laknat tu.sama seperti raja-raja dahulu meminta bantuan Inggeris melawan siam...sementara PKM selepas merdeka adalah berperanan menentang tanah melayu hanyalah memenuhi hasrat mereka hendak menjadikan negara ini negara komunis.

Para pejuang kemerdekaan pada sebelum merdeka pada ketika itu seperti mat indera berpendapat sesiapa yang bekerja atau menjadi askar British adalah pembelot bangsa dan mereka harus di tentang.jadi siapakah pejuang kemerdekaan ?
adakah orang melayu yang bekerja sebagai askar British atau mat indera..dan pejuang kemerdekaan seangkatan dengannya?Chin Peng bukanlah pejuang kemerdekaan...disini bukanlah kita nak timbulkan soal chin peng ....yang nak di perkatakan ialah apakah mat indera itu pejuang kemerdekaan atau tidak?sungguhpun yang di serang dibukit kepong itu bangsa melayu .tapi bagi mat indera mereka itu talibarut British.bagi mat indera dia menyerang askar british bukan orang melayu...

ini pendapat saya saja kalau silap tolong betulkan 

Bagaimana memiliki blog yang ramai pembaca?


Salam 

Membina blog yang kemas dan cantik, belum tentu mempunyai
ramai pembaca (pengikut). Rekabentuk (design) blog hanyalah
salah satu faktor kecil sahaja untuk menarik minat pembaca
melayari blog kita.

Sebaliknya, pengisian pada blog menjadi satu faktor kritikal
yang menentukan blog kita mempunyai pembaca yang setia.

Di antara beberapa cara yang boleh dilakukan adalah:

1. Penulisan yang konsisten dan berjadual. Ini memudahkan
pembaca kita tahu bilakah masa kita menerbitkan post di blog.

2. Bertinteraksi pada bahagian komen. Ini adalah satu senjata
rahsia kebanyakan blogger berjaya. Mereka tidak akan membiarkan
pembaca mereka yang memberi komen seperti bercakap seorang diri,
sebaliknya blogger itu akan membalas komen pembaca mereka.

3. Memberi 'reward'. Salah satu caranya adalah dengan memberikan
hadiah kepada 3 ataupun 5 pemberi komen terbanyak.

4. Menulis dengan gaya tersendiri. Kita perlu bezakan diri kita
dengan blogger yang lain.

5. Setiap kandungan blog seperti artikel yang ditulis sebaiknya
dalam bentuk yang berisi seperti fakta, statistik dan kajian,
terutama yang sukar diperolehi di blog-blog lain.

6. Fokus. Penulisan sebaiknya fokus pada topik yang kita kuasai
dan tahu sahaja. Jika mahu mengulas perkara lain, boleh menjemput
blogger lain menulis di blog kita. Ini juga salah satu cara
membina kredibiliti iaitu saling berkongsi 'kepakaran'.

Enam kaedah di atas adalah di antara cara membina blog yang
mempunyai pembaca setia. Dalam erti kata lain, menjadikan
blog kita berpengaruh.


============
Strategi Membina Blog Berpengaruh. Dapatkan ebook ini dengan 
harga RM20 sebelum ia dinaikkan kepada RM30. Dibuka kepada 
20 orang sahaja lagi.

============

Rabu, 7 September 2011

Melayu Mudah Melatah

salam

sekarang ni heboh sangat pasai bukit kepong...mat sabu sokong komunis ,dan lain -lain .pada aku ini hanyalah satu isu yang hanya di perbesar-besarkan pihak media saja.biasalah semua ini ada kepentingan pihak tertentu.

tapi bukan itu aku nak bincang kat sini...tapi sikap melatah orang melayu  sendiri....memang kuat melatah lah orang melayu ni...sampai ada yang nak saman mat sabu....betoi ka?siap buat laporan polis lagi....hahha..

orang melayu memang kuat melatah bila kita sentuh perihal sejarah kemelayuannya itu..tapi kalau pasai agama islam ada yang buat tak endah saja....sudah ada terang -terangan akhbar menghina islam...ah ada aku kesah...
katanya..itulah bangsa yang aku kenal kini


kartun atau karikatur pada halaman 15 Akhbar Utusan Malaysia semalam dengan tajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang dilukis oleh 'Miko' telah dikecam oleh umat islam di Malaysia kerana kartun itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama , menghina dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam

sumber http://www.makbudak.com/2011/06/kartun-akhbar-utusan-malaysia-hina.html#ixzz1XGI4VzAM



Pihak kerajaan dan juga badan lain pula disarankan mengadakan lebih banyak konvensyen nasional dan program bagi menyelesaikan isu-isu agama dalam kalangan umat Islam sekarang yang kebanyakkannya rata-rata dalam  masyarakat Islam sekarang dilihat kurang berpengetahuan agama


sumber http://www.makbudak.com/2011/06/kartun-akhbar-utusan-malaysia-hina.html#ixzz1XGHQz5xK


kita lihat kartun kat atas ... ada ka orang nak saman akhbar tu?...ada ka akhbar tu minta maaf atas penghinaanya itu? setakat ni  rasa aku tak dengar lagi orang melayu nak saman akhbar ni?dan.tak pernah di hebohkan kat tv3 pun?

sebenarnya kita telah ditipu...dalam banyak hal....tapi kita tak menyedarinya.kita telah ditipu oleh pihak
barat .sejarah negara kita juga telah ditipu oleh puak barat.melayu kini bukan lagi melayu asli..


melayu kini bukan lagi melayu asli
melayu kini bercampur dengan serani
melayu kini telah hilang jati diri
melayu kini adalah hamba kepada hati

cuba kita tanya diri kita sendiri melayu kah kita?jika jawapannya ya...memang kita cepat melatah bila isu kaum melayu dipermain-mainkan tapi bila kita tanya diri kita islamkah kita ?jika jawapannya ya ...kenapa kita tak melatah bila isu penghinaan janggut nabi dan penghinaan keatas hukum islam?

berapa ramai kita solat maghrib di masjid? dan berapa ramai yang sedang membeli dan menjual di pasar malam ketika azan maghrib berkumandang?berapa ramai wanita melayu yang bertutup auratnya?

kesimpulannya melayu adalah melayu yang akan bangkit bila ketuanan melayu di permainkan tapi bila
islam di permainkan?lu pikirlah sendiri..........






BLOGOBO