Salam
Membina blog yang kemas dan cantik, belum tentu mempunyai
ramai pembaca (pengikut). Rekabentuk (design) blog hanyalah
salah satu faktor kecil sahaja untuk menarik minat pembaca
melayari blog kita.
Sebaliknya, pengisian pada blog menjadi satu faktor kritikal
yang menentukan blog kita mempunyai pembaca yang setia.
Di antara beberapa cara yang boleh dilakukan adalah:
1. Penulisan yang konsisten dan berjadual. Ini memudahkan
pembaca kita tahu bilakah masa kita menerbitkan post di blog.
2. Bertinteraksi pada bahagian komen. Ini adalah satu senjata
rahsia kebanyakan blogger berjaya. Mereka tidak akan membiarkan
pembaca mereka yang memberi komen seperti bercakap seorang diri,
sebaliknya blogger itu akan membalas komen pembaca mereka.
3. Memberi 'reward'. Salah satu caranya adalah dengan memberikan
hadiah kepada 3 ataupun 5 pemberi komen terbanyak.
4. Menulis dengan gaya tersendiri. Kita perlu bezakan diri kita
dengan blogger yang lain.
5. Setiap kandungan blog seperti artikel yang ditulis sebaiknya
dalam bentuk yang berisi seperti fakta, statistik dan kajian,
terutama yang sukar diperolehi di blog-blog lain.
6. Fokus. Penulisan sebaiknya fokus pada topik yang kita kuasai
dan tahu sahaja. Jika mahu mengulas perkara lain, boleh menjemput
blogger lain menulis di blog kita. Ini juga salah satu cara
membina kredibiliti iaitu saling berkongsi 'kepakaran'.
Enam kaedah di atas adalah di antara cara membina blog yang
mempunyai pembaca setia. Dalam erti kata lain, menjadikan
blog kita berpengaruh.
============
Strategi Membina Blog Berpengaruh. Dapatkan ebook ini dengan
harga RM20 sebelum ia dinaikkan kepada RM30. Dibuka kepada
20 orang sahaja lagi.
============
0 comments:
Catat Ulasan