blog yang paling aku minati



MEE SIPUT...PEERRGH MEMANG BEST

Rabu, 7 September 2011

Melayu Mudah Melatah

salam

sekarang ni heboh sangat pasai bukit kepong...mat sabu sokong komunis ,dan lain -lain .pada aku ini hanyalah satu isu yang hanya di perbesar-besarkan pihak media saja.biasalah semua ini ada kepentingan pihak tertentu.

tapi bukan itu aku nak bincang kat sini...tapi sikap melatah orang melayu  sendiri....memang kuat melatah lah orang melayu ni...sampai ada yang nak saman mat sabu....betoi ka?siap buat laporan polis lagi....hahha..

orang melayu memang kuat melatah bila kita sentuh perihal sejarah kemelayuannya itu..tapi kalau pasai agama islam ada yang buat tak endah saja....sudah ada terang -terangan akhbar menghina islam...ah ada aku kesah...
katanya..itulah bangsa yang aku kenal kini


kartun atau karikatur pada halaman 15 Akhbar Utusan Malaysia semalam dengan tajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang dilukis oleh 'Miko' telah dikecam oleh umat islam di Malaysia kerana kartun itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama , menghina dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam

sumber http://www.makbudak.com/2011/06/kartun-akhbar-utusan-malaysia-hina.html#ixzz1XGI4VzAM



Pihak kerajaan dan juga badan lain pula disarankan mengadakan lebih banyak konvensyen nasional dan program bagi menyelesaikan isu-isu agama dalam kalangan umat Islam sekarang yang kebanyakkannya rata-rata dalam  masyarakat Islam sekarang dilihat kurang berpengetahuan agama


sumber http://www.makbudak.com/2011/06/kartun-akhbar-utusan-malaysia-hina.html#ixzz1XGHQz5xK


kita lihat kartun kat atas ... ada ka orang nak saman akhbar tu?...ada ka akhbar tu minta maaf atas penghinaanya itu? setakat ni  rasa aku tak dengar lagi orang melayu nak saman akhbar ni?dan.tak pernah di hebohkan kat tv3 pun?

sebenarnya kita telah ditipu...dalam banyak hal....tapi kita tak menyedarinya.kita telah ditipu oleh pihak
barat .sejarah negara kita juga telah ditipu oleh puak barat.melayu kini bukan lagi melayu asli..


melayu kini bukan lagi melayu asli
melayu kini bercampur dengan serani
melayu kini telah hilang jati diri
melayu kini adalah hamba kepada hati

cuba kita tanya diri kita sendiri melayu kah kita?jika jawapannya ya...memang kita cepat melatah bila isu kaum melayu dipermain-mainkan tapi bila kita tanya diri kita islamkah kita ?jika jawapannya ya ...kenapa kita tak melatah bila isu penghinaan janggut nabi dan penghinaan keatas hukum islam?

berapa ramai kita solat maghrib di masjid? dan berapa ramai yang sedang membeli dan menjual di pasar malam ketika azan maghrib berkumandang?berapa ramai wanita melayu yang bertutup auratnya?

kesimpulannya melayu adalah melayu yang akan bangkit bila ketuanan melayu di permainkan tapi bila
islam di permainkan?lu pikirlah sendiri..........






0 comments:

Catat Ulasan

BLOGOBO