blog yang paling aku minati



MEE SIPUT...PEERRGH MEMANG BEST

Selasa, 28 Disember 2010

FINAL AFF SUZUKI CUP MALAYSIA-INDONESIA



Begitulah lumrah alam ,yang kuat kita sanjung dan kita puji yang lemah kita kutuk dan kita keji .setelah 
saya menonton perlawanan antara mal-indon semalam dapat saya katakan disini bahawa janganlah
kita terlalu memuji sangat kemenangan kita atas indonesia .Ini kerana masih terdapat lagi satu perlawanan
yang akan kita tempuhi di gelanggang mereka nanti.cukuplah sekadar kita memberi tahniah kepada pasukan kita dan meniupkan semangat agar mereka lebih berusaha di sana nanti.janganlah kita terlalu taksub dengan

kemenangan kita sehingga kita mencaci dan mengeji pasukan mereka,lupakah kita pada kekalahan 5-1 tempoh hari kepada mereka ?masa tu mana pujian kita? mana semangat kita?yang kedengaran ialah kenapa malaysia tak ambil pemain import?ketiadaan pemain import buat kita kalah dan macam-macam tohmahan lagi.
tapi bila kita menang 3-0 keatas mereka macam-macam kita kutuk mereka .malah kita berbangga pula dengan pemain tempatan.dan merasa megah kerana tiada pemain import .kita kutuk mereka kita kutuk pemain import mereka di ruang komen di youtube .dimanakah tatasusila kita?Ingat final ke 2 nanti seandainya kita kalah... kita pula akan di keji ,akan di kutuk.....hahaha.

tapi seandainya kita menang barulah kita boleh bermegah sedikit....masa tu barulah malaysia boleh di gelar anak jantan sejati..ingat perjuangan kita masih belum tamat. masih ada 90 minit lagi untuk kita merayakan kemenangan atau menangis kekalahan .untukmu malaysia...berjuanglah demi negara ..inilah peperangan kita dengan indonesia yang selama ini hendak memerangi kita ..peperangan secara sihat....malaysia bolehhhhhh.










0 comments:

Catat Ulasan

BLOGOBO