blog yang paling aku minati



MEE SIPUT...PEERRGH MEMANG BEST

Sabtu, 30 Julai 2011

AJARAN SESAT DI KEDAH....?


ALOR STAR: Pengikut ajaran sesat Aurad Ismailiah berkelakuan aneh apabila berzikir sambil menari seperti berada dalam disko dan sebutan zikir mereka juga sukar difahami. 


Perkara itu dilihat dalam cakera padat video (VCD) mengenai amalan zikir mereka yang dipertontonkan kepada wartawan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Fadzil Hanafi, di pejabatnya di sini, semalam.

Dalam VCD itu, sekumpulan lelaki yang berpakaian jubah putih dan berserban duduk dan berzikir di sebuah masjid pada jam 5.20 dipercayai waktu pagi.Tidak lama kemudian, kelakuan kumpulan lelaki itu mula tidak terkawal apabila mereka mula bangun dan menari-nari seperti berada di dalam disko.

Fadzil berkata, Aurad Ismailiah diharamkan Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Kedah (Maik) pada 1979, namun ia dikesan dihidupkan kembali di negara ini, April lalu.Ajaran berkenaan kembali diamal dan disebar oleh ketuanya, Mahmud Abdul Rahman, 50-an, dan Madarasah Nurul Iman, Batu 5, Sik, dijadikan sebagai pusat ajaran terbabit.

Sebelum ini, Mahmud sudah dipenjarakan selama sebulan akibat perbuatannya itu. Mengikut pengakuan Mahmud ketika siasatan terhadapnya pada 1979, dia menerima ajaran serta wirid yang dinamakan Aurad Ismailiah itu menerusi ilham ketika dia gila.Dia juga mengaku semasa gila, dia bertapa di Gua Bukit Enggang, Sik, dan gua itu dianggap pengikutnya sebagai Gua Hira manakala batu besar dalam gua itu dikatakan Hajral Aswad, katanya.

Beliau berkata, Mahmud menggunakan ungkapan dalam bahasa Arab yang turut tidak difahaminya bagi menggambarkan ajaran yang dibawanya itu yang bermaksud: Permulaannya gila, pertengahannya aneka ragam dan akhirnya apa saja yang dikehendaki semuanya jadi.Beliau berkata, sehingga kini, ajaran itu sudah tersebar di empat negeri iaitu Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Kedah. 

Di negeri ini, keahlian ajaran itu dikatakan sudah melebihi 100 orang.Pengikut ajaran itu kini meliputi pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan profesional, lelaki dan wanita, katanya.Menurutnya, berdasarkan rakaman VCD itu, jelas perlakuan pengikut ajaran berkenaan bercanggah dengan syariat Islam dan secara tidak langsung menghina Islam dengan memberi imej negatif kepada masyarakat.

Fadzil berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kewujudan kembali ajaran itu mengikut Perkara 166 (a), Enakmen Undang-undang Agama Islam Kedah kerana kesalahan melanggar fatwa yang diwartakan.Sekiranya didapati bersalah di mahkamah, pesalah mengikut Perkara 166 (a) boleh dipenjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali, katanya. 


P/S : agak -agak korang Allah terimakah zikir macam ni?...hanya Allah yg maha mengetahui...
        kekadang tu yang berserban dan bejubah tak semestinya alim.Etahlah kita yang kekurangan ilmu agama
        ni ....terasa takut kalau-kalau salah pilih ajaran..ada syiah la,wahabi la,dan macam-macam lagi . 
        semuanya mengaku merekalah yang benar ...hakikatnya hanya satu ajaran saja yang benar.marilah kita 
        sama-sama berdoa agar Allah tunjukkan kita jalan yang lurus....amin

Isnin, 25 Julai 2011

PHOTOSHOP TEKNIK:CARA TUKAR RIM DAN LOWER KERETA

salam
kali ini aku nak bagitau tentang photoshop,Secara lebih tepatnya ialah edit gambar menggunakan pelbagai program editor picture. Memang best! aku pun baru mula nak belajar memasuki alam edit2 gambar ni .Sampai sekarang, dah banyak gambar2 yang aku  boleh edit. Walaupun nampak gambar macam  tak profesional, tetapi aku  rasa seronok bila hasil nampak lawa pada pandangan mata aku.sekarang ini aku tengah belajar cara nak lower kereta dan tukar sport rim kat photoshop...mungkin lepas ni aku akan masukkan bodykit sekali..hehehehe kat dalam gambar aje lah....kalau kat luar ni  alamat parah la duit aku nanti.kalau korang nak cuba lower keta korang pun boleh gak, senang saja.....cubalah tengo-tengok kat youtube kat bawah ni...





Sabtu, 2 Julai 2011

PEPSI -RAHSIA TERBONGKAR

 

HHRS 2.0 - Para pemuka Muslim menyatakan mereka takkan pernah menarik pernyataannya bahawa Pepsi Cola esensinya adalah nama kod bagi komplot Zionis

Institut Penyelidikan Media Timur Tengah (MEMRI) telah menerbitkan kenyataan berbahasa Inggeris yang diberikan oleh seorang pemuka Islam di Mesir bulan Februari yang lalu, di mana dia berkata  bahwa PEPSI sebenarnya adalah singkatan "Pay Every Penny to Save Israel" ertinya  "Sumbangkan setiap penny untuk menyelamatkan Israel. "

Selain itu, seorang ahli parlimen organisasi Hamas di Gaza juga mengeluarkan kenyataan yang sama tentang hal tersebut tahun lalu. Bercakap dalam stesen TV Al-Aqsa, ahli perlimen Salem Salamah menyatakan, "Ada pelbagai syarikat yang ditubuhkan oleh para kolonialis dan pendudukan - syarikat-syarikat besar dengan banyak cabang di seluruh penjuru dunia, seperti Pepsi, Pepsi Cola. Ini adalah syarikat terkemuka. Pepsi adalah singkatan dari Pay Every Penny to Save Israel. "

Baru-baru ini juga, seorang ketua Mesir Hazem Abu Ismail mengeluarkan kenyataan yang sama. Berbicara didepan Al Nas TV - sebuah kanal religius Muslim-Abu Ismail menyeru kaum Muslim boikot terhadap Pepsi.

Secara khusus, Hazem Abu Ismail menyatakan sebagai berikut, berdasarkan transkrip sama yang diberikan oleh MEMRI, Institut Penyelidikan Media Timur Tengah yang berpusat di Washington:

Huruf P pertama bermaksud "Pay" (Berikan), E untuk "Every" (Setiap). Huruf ketiga untuk "Penny". Penny adalah syiling kecil yang anda terima dan anda tak tahu apa yang akan anda lakukan dengannya. Berikan itu untuk "Menyelamatkan" I - "Israel". Dengan kata lain, berikan setiap syiling kecil yang anda terima untuk menyelamatkan Israel. Mereka tidak mahu wang anda - mereka hanya ingin syiling pecahan kecil, penny anda. Jika tidak salah, dalam ekonomi Amerika, penny adalah seperseribu dolar. Nilainya kecil sekali.

Mereka berkata, "Sumbangkan pecahan kecil yang tidak anda perlukan, tetapi berikanlah dengan alasan yang benar. Bila anda mengumpulkan pecahan kecil ini, anda boleh membeli minuman ini. "Mereka mengambil masing-masing kata awalan dan membentuk kata" Pepsi ". Bila anda membayar (untuk membeli Pepsi), anda akan menyelamatkan Israel.

Saya tidak hanya bicara tentang Pepsi, tetapi tentang Coca Cola dan kesemuanya. Saya tidak akan menyebutkan suatu produk. Anda boleh lihat sendiri. Anda Muslim. Anda boleh sampaikan kepada saya. Saya tidak tahu. Anak kecil saya bahkan lebih tahu tentang boikot ini daripada saya. Apabila kami pergi belanja, dia katakan pada saya: "Beli ini, jangan yang itu." Dia mengetahuinya. Dia sudah menjadi ahli dalam hal ini.

Selama bertahun-tahun, The Coca Cola Company dan produk-produknya banyak menuai kritik oleh berbagai sumber atas bermacam-macam alasan termasuk efek negatif produk-produk tersebut terhadap kesihatan, persekitaran, penggunaan racun perosak dalam jumlah yang besar dalam produk-produknya, amalan eksploitasi pekerja dan masih banyak alasan lagi. Tidak sedikit dari alasan-alasan tersebut yang membawa syarikat tersebut menghadapi tuntutan undang-undang dan mencipta kontroversi yang terdapat pada logo produk Coca Cola.

Maulana Kalbe Jawwad, seorang ketua keagamaan Shias, berkata: "Hal ini merupakan penghinaan terhadap Tuhan. Kami akan meminta Muslim di negara ini dan seluruh dunia untuk memboikot produk tersebut sampai syarikat tersebut menarik kata-kata yang menyinggung tersebut.

Buat semua pembaca , seandainya itu benar dan masih ada sedikit iman kalian di dada, kami mohon , atau semua pengamal Muslim yang membacanya untuk menyebarkan mesej mengenai logo "yang sangat membelalakkan mata tersebut".

credit to malaysiaria
p/s selepas ni lebih baik beli buatan malaysia lg bagus 

BLOGOBO