HHRS 2.0 - Para pemuka Muslim menyatakan mereka takkan pernah menarik pernyataannya bahawa Pepsi Cola esensinya adalah nama kod bagi komplot Zionis
Institut Penyelidikan Media Timur Tengah (MEMRI) telah menerbitkan kenyataan berbahasa Inggeris yang diberikan oleh seorang pemuka Islam di Mesir bulan Februari yang lalu, di mana dia berkata bahwa PEPSI sebenarnya adalah singkatan "Pay Every Penny to Save Israel" ertinya "Sumbangkan setiap penny untuk menyelamatkan Israel. "
Selain itu, seorang ahli parlimen organisasi Hamas di Gaza juga mengeluarkan kenyataan yang sama tentang hal tersebut tahun lalu. Bercakap dalam stesen TV Al-Aqsa, ahli perlimen Salem Salamah menyatakan, "Ada pelbagai syarikat yang ditubuhkan oleh para kolonialis dan pendudukan - syarikat-syarikat besar dengan banyak cabang di seluruh penjuru dunia, seperti Pepsi, Pepsi Cola. Ini adalah syarikat terkemuka. Pepsi adalah singkatan dari Pay Every Penny to Save Israel. "
Baru-baru ini juga, seorang ketua Mesir Hazem Abu Ismail mengeluarkan kenyataan yang sama. Berbicara didepan Al Nas TV - sebuah kanal religius Muslim-Abu Ismail menyeru kaum Muslim boikot terhadap Pepsi.
Secara khusus, Hazem Abu Ismail menyatakan sebagai berikut, berdasarkan transkrip sama yang diberikan oleh MEMRI, Institut Penyelidikan Media Timur Tengah yang berpusat di Washington:
Huruf P pertama bermaksud "Pay" (Berikan), E untuk "Every" (Setiap). Huruf ketiga untuk "Penny". Penny adalah syiling kecil yang anda terima dan anda tak tahu apa yang akan anda lakukan dengannya. Berikan itu untuk "Menyelamatkan" I - "Israel". Dengan kata lain, berikan setiap syiling kecil yang anda terima untuk menyelamatkan Israel. Mereka tidak mahu wang anda - mereka hanya ingin syiling pecahan kecil, penny anda. Jika tidak salah, dalam ekonomi Amerika, penny adalah seperseribu dolar. Nilainya kecil sekali.
Mereka berkata, "Sumbangkan pecahan kecil yang tidak anda perlukan, tetapi berikanlah dengan alasan yang benar. Bila anda mengumpulkan pecahan kecil ini, anda boleh membeli minuman ini. "Mereka mengambil masing-masing kata awalan dan membentuk kata" Pepsi ". Bila anda membayar (untuk membeli Pepsi), anda akan menyelamatkan Israel.
Saya tidak hanya bicara tentang Pepsi, tetapi tentang Coca Cola dan kesemuanya. Saya tidak akan menyebutkan suatu produk. Anda boleh lihat sendiri. Anda Muslim. Anda boleh sampaikan kepada saya. Saya tidak tahu. Anak kecil saya bahkan lebih tahu tentang boikot ini daripada saya. Apabila kami pergi belanja, dia katakan pada saya: "Beli ini, jangan yang itu." Dia mengetahuinya. Dia sudah menjadi ahli dalam hal ini.
Selama bertahun-tahun, The Coca Cola Company dan produk-produknya banyak menuai kritik oleh berbagai sumber atas bermacam-macam alasan termasuk efek negatif produk-produk tersebut terhadap kesihatan, persekitaran, penggunaan racun perosak dalam jumlah yang besar dalam produk-produknya, amalan eksploitasi pekerja dan masih banyak alasan lagi. Tidak sedikit dari alasan-alasan tersebut yang membawa syarikat tersebut menghadapi tuntutan undang-undang dan mencipta kontroversi yang terdapat pada logo produk Coca Cola.
Maulana Kalbe Jawwad, seorang ketua keagamaan Shias, berkata: "Hal ini merupakan penghinaan terhadap Tuhan. Kami akan meminta Muslim di negara ini dan seluruh dunia untuk memboikot produk tersebut sampai syarikat tersebut menarik kata-kata yang menyinggung tersebut.
Buat semua pembaca , seandainya itu benar dan masih ada sedikit iman kalian di dada, kami mohon , atau semua pengamal Muslim yang membacanya untuk menyebarkan mesej mengenai logo "yang sangat membelalakkan mata tersebut".
credit to malaysiaria
p/s selepas ni lebih baik beli buatan malaysia lg bagus
1 comments:
betul ker????????????????????????
Catat Ulasan