blog yang paling aku minati



MEE SIPUT...PEERRGH MEMANG BEST

Sabtu, 27 September 2008

TERIMA KASIH NORIZAM SHAH DAN ZAMRI NAYAN

norizam shah & zamri nayan adalah nama yang tak asing lagi dalam
bisnes internet .segala ilmu yang mereka curahkan adalah sangat
berguna kepada kita dalam teknik pemasaran internet
jikalau anda ingin berjaya dalam pemasaran internet,saya nasihatkan anda bergurulah
dengan mereka berdua .insyaALlah pasti kejayaan itu akan datang.bagi saya ilmu yang
mereka curahkan pada saya amatlah bermakna .mereka ini tak jemu -jemu memberi ilmu
kepada saya tanpa meminta sesen pun .sekali lagi saya merakamkan jutaan terima kasih
kepada mereka berdua .

Isnin, 22 September 2008

artis malaysia -isu korek mengorek

Niezam nak tergelak terbahak-bahak bila dengar cerita perangai pelakon drama yang tengah meletup sekarang ni. Bukan saja nak tergelak kalau boleh nak guling-guling atas lantai tapi takut juga terbatal puasa.

Al-kisahnya dalam sebuah majlis berbuka puasa baru-baru ni ada seorang hamba Allah yang teringin sangat nak jumpa seorang pelakon drama yang sudah berkurun dia tak jumpa ni.

Yalah, masa pelakon ni baru merangkak-rangkak dalam dunia seni, hamba Allah itu dikatakan antara orang yang banyak tolong pelakon tersebut menggilap kerjayanya.

Selepas majlis berbuka puasa, hamba Allah ni pun pergilah dekat si artis. Dia orang pun berpeluk sakan macam Pak Arab sambut tetamu.

more...

Menurut cerita orang yang menyaksikan insiden itu, si hamba Allah tadi pun berjabat tangan dengan si artis sambil pegang agak lama tangan tersebut.

Ketika bersalam hamba Allah tu pun buat-buatlah korek tangan artis berkenaan dengan harapan nak bergurau dengannya.

Yang amat mengejutkan, si artis tu boleh tuduh hamba Allah tadi nak jampi dan mungkin mencalit sesuatu.

“Apa korek-korek ni. Nak “mak esah” (bermaksud bomoh - slanga yang selalu digunakan artis) aku ke ni,” kata artis tersebut.

Si hamba Allah tu pun terkejut tapi dia buat-buat tak tahu apa-apa. Kerana tak puas hati, si artis capai pula tangan rakannya itu dan dia korek semula tangan tersebut untuk “menyerahkan” semula ilmu yang mungkin terkena padanya.

Insiden korek mengorek itu cukup kelakar sampai ada di antara mereka yang sapu tangan dekat baju macam orang lap peluh selepas berlari satu padang.

Kata orang yang melihat kejadian itu, kedua-dua mereka berhenti “korek-mengorek” apabila ada seorang wartawan yang datang tegur.

Hai... macam ni punya orang pun ada ya. Itulah kalau terlalu percaya sangat dengan bomoh-bomoh ni.

NIEZAM: Ada seseorang bersalam sambil korek tangan dengan tujuan nak mengurat seorang artis.

www.utusan.com.my

Sabtu, 20 September 2008

jalan-jalan cari makan

gambar ini di ambil ketika geng kampung mempelam pergi ke perak. haaa.. sapa sapa yang nak urut tradisional contactlah ijan megat dewa

Jumaat, 12 September 2008

pantun merapu @ jiwa kacau aku dan bos...

hari hari aku pergi kerja ,
pergi kerja dengan kereta ,
sampai di pejabat aku malas kerja ,
asyik sembang saja ,aku pun tak buat kerja,

tersebutlah kesah akhirnya boss pun nampak,
dia kata hang ingat pejabat ni hang punya bapak?
aku terdiam seribu bahasa ,buat -buat pekak,
dia kata awat hang diam, nak kena penyepak?

hati aku pun mula panas bila dia cakap macam tu.
badan dia besar lembu pun aku nampak besar kutu.
aku tak boleh tahan dah ,satu macam saja dia ushar aku.
aku sound dia  awat?lu ingat wa takut kat lu?

bersambung ......

Isnin, 1 September 2008

merapu @ jiwa kacau

hari dah start puasa .aku dah jadi bosan dgn blog aku .
tak tau macammana nak publish .dah tiga bulan ceburkan diri dalam teknik buat duit internet.takdak seposen pun duit masuk kat poket aku dari hasil internet.
abiskan duit adalah.so anwar ibrahim dah pun jadi ahli mp.aku dok tunggu gak... bila dia nak jadi pm plak.kata bulan sembilan isss.tak sabar nak tunggu nih.mana lah tau kot .minyak buleh turun harga ka?aku rasa lebih baik aku layan games kat internet nih dari dok merapu .cari duit kat internet.google adsen lah..adword la.teknik simple la.apa pun xdak.

BLOGOBO