blog yang paling aku minati



MEE SIPUT...PEERRGH MEMANG BEST

Isnin, 22 September 2008

artis malaysia -isu korek mengorek

Niezam nak tergelak terbahak-bahak bila dengar cerita perangai pelakon drama yang tengah meletup sekarang ni. Bukan saja nak tergelak kalau boleh nak guling-guling atas lantai tapi takut juga terbatal puasa.

Al-kisahnya dalam sebuah majlis berbuka puasa baru-baru ni ada seorang hamba Allah yang teringin sangat nak jumpa seorang pelakon drama yang sudah berkurun dia tak jumpa ni.

Yalah, masa pelakon ni baru merangkak-rangkak dalam dunia seni, hamba Allah itu dikatakan antara orang yang banyak tolong pelakon tersebut menggilap kerjayanya.

Selepas majlis berbuka puasa, hamba Allah ni pun pergilah dekat si artis. Dia orang pun berpeluk sakan macam Pak Arab sambut tetamu.

more...

Menurut cerita orang yang menyaksikan insiden itu, si hamba Allah tadi pun berjabat tangan dengan si artis sambil pegang agak lama tangan tersebut.

Ketika bersalam hamba Allah tu pun buat-buatlah korek tangan artis berkenaan dengan harapan nak bergurau dengannya.

Yang amat mengejutkan, si artis tu boleh tuduh hamba Allah tadi nak jampi dan mungkin mencalit sesuatu.

“Apa korek-korek ni. Nak “mak esah” (bermaksud bomoh - slanga yang selalu digunakan artis) aku ke ni,” kata artis tersebut.

Si hamba Allah tu pun terkejut tapi dia buat-buat tak tahu apa-apa. Kerana tak puas hati, si artis capai pula tangan rakannya itu dan dia korek semula tangan tersebut untuk “menyerahkan” semula ilmu yang mungkin terkena padanya.

Insiden korek mengorek itu cukup kelakar sampai ada di antara mereka yang sapu tangan dekat baju macam orang lap peluh selepas berlari satu padang.

Kata orang yang melihat kejadian itu, kedua-dua mereka berhenti “korek-mengorek” apabila ada seorang wartawan yang datang tegur.

Hai... macam ni punya orang pun ada ya. Itulah kalau terlalu percaya sangat dengan bomoh-bomoh ni.

NIEZAM: Ada seseorang bersalam sambil korek tangan dengan tujuan nak mengurat seorang artis.

www.utusan.com.my

0 comments:

Catat Ulasan

BLOGOBO