blog yang paling aku minati



MEE SIPUT...PEERRGH MEMANG BEST

Isnin, 28 Disember 2009

rombongan ke melaka

salam

agak lama juga aku x taip kat sini .bukan x dak cerita tapi ,
x dak masa .aku baru saja balik dari rombongan ke melaka utk kenduri kahwin
adik aku .masa pergi tu memang la best ,tapi sayang kat bandar melaka kita orang
tak dapat singgah sebab jam punya la teruk.bas pun x dapat parking.besok pagi tu masa sarapan driver bas cerita sani express eksiden kat ipoh .aku mula risau ,tau saja la
kita orang pun naik bas .makcik 2 kampung mempelam yang pergi sekali tu pun mula risau.berkali -kali depa pesan kat driver bas supaya berhati-hati,jangan bawa laju ,
jangan tidur masa bawa bas.tapi kita masih percaya kat pakcik asin dan kawannya.
dia pandu bas x melebihi 100 km/j.masa balik aku x tidur langsung ,aku duduk kat depan layan driver sembang.mana la tau kot dia terlelap nanti.naya kami satu bas.
yang syok nya pijon ngan anot maidin pun duduk kat depan juga layan sembang .akhirnya kami selamat sampai kat alor setar .alhamdulillah....


bas mara linear ni la kami pergi melaka 


man dan aris

 
anip dan pi pun ikut sama

Isnin, 16 November 2009

ANAKKU SAZALI TAK BOH MINYAK

 
KAH..KAHH.KAHH..
memang lawak mamat ni buat ,awat hang tak boh minyak 
sazali oiii.esok pak nak pi market beli ikan.
teringat aku kat matedan,adik aku,selalu kena marah ngan ayahku PI 
macam ni laaa...selalu dia naik gheta tak boh minyak

Khamis, 12 November 2009

hang tuah fail nombor ekor pula......


ha..ha..ha...
tu dia beannyer ...awat hang dok percaya kat tok bomah?
member bagitau hang tak percaya ....kan dah naik nombor satu?

Selasa, 3 November 2009

kenangan dulu-dulu



hua jai mak ngai-cham chamrum

 

                                                          hua jai ma hwat-rock salaeng
                                                          teringat dulu masa pai sona


nam ta  hmo deng -mon
LAGU NI APIS CUKUP MINAT LA

Khamis, 15 Oktober 2009

kenangan dulu-dulu


lagu ni aku post kat sini bukan apa saja la....
kenangan untuk bean apis,mizan dan shidi.dll.

hang pa ingat senang ka nak cari lagu ni 
puas aku cari hangpa tau dak?

Isnin, 28 September 2009

DAIRI .K ...CINTA REMAJA KINI

nama########

alamat######alor setar kedah
umur 19 th


1 jan.2006




hari ni macam biasa bangun lewat skit.tapi hati aku rasa seronok sangat.
pasai apa aku x tau.mungkin pasai nak jumpa mizan kot?
sekali aku tengok MIZAN ni kiut gak.hensemnya...eiii kalu boleh aku nak tokak pipi tu..
tapi ija kata dia dah ada awek..betoi ka? ahhh...apapun aku mesti jumpa dia .
aku pi basuh baju dululah...


ahhh.. kenyangnya makan hari ni...mak aku masak sedap gak ..lauk sambal petai ooo..
mana bleh tahan?..tadi ija tel. aku dia nak pi sekali..mana boleh.. kacau la ija ni?
kalu boleh aku nak ajak MIZAN tengok wayang.kat jitra ka?tapi kalu mizan ada awek pasai apa ajak aku keluar?ni mesti tensyen ngan awek dia la tu?


aduhhhh.. letihnya mata rasa ngantuk plak ni.jam pun dah pukui 12 dah.nasib baik mak aku lena dah aku balik tadi..kalau tidak mau dok prok prek kat aku la...taktau nak habak .
sesekali bila aku teringat masa aku tengok wayang ngan mizan tadi best gak..
patutlah dia ajak aku keluar ..rupanya dia tension ngan awek dia .dia kata awek dia dah ada balak lain dah..


aahh...itu aku tak tau .tapi rasanya mizan dah mula nak tackle aku tadi..aku tau dia saja buat lawak ,
kalau MIZAN jadi balak aku pun tak pa ...syok gak.mizan tu kan hensemmmm..awek mana tengok pun pasti kan cair juga ..kenapalah awek dia tak mau kat dia noh?....bodo lah awek dia
agaknya pasai MIZAN x dak keta kot?....aku x kisah ...aku x pandang semua tu .yang penting hatinya jujur dah la


kalau ada keta pun nak belagak hak bapak punya buat apa?macam apis tu....piiraah..harap naik keta bapa dia saja ..hak sendiri x dak.nak eksyen ngan aku plak tu ...bley blah la lu..
hai... mata pun dah ngantu esok lah aku tulis lain ciao/.....bersambung

Jumaat, 25 September 2009

hang tuah tak lulus spm

waa ka ka ka...memang lawak sungguh cerita hang tuah ni ,siapa la,pandai alih bahasa jadi loghat utara ni..memang kepala otak dia gila merapu ni.sekali sekala syok gak layan cerita jenis ni.tak gitu beannyerr.

heiii dinda kan pirate mana bley main?
tak bley dinda ......pirate tak boleh main ,salah disisi agama......kanda tak sanggup tanggung dosaaa...
dinda..nanti kalau dinda dah fresh kita main balik ok...malam besok ka? ...malam besok kanda
tak dak kerja apa .kiata main na..nan..nan..kanda janji....la juga kanda pi beli kondom.kondom cap pisang kondom lain x mau,,,kahhh kahh kahhh.....ayat ni memang betoi-betoi lawaklkk..

Selasa, 22 September 2009

MAKANAN SEBABKAN KANSER

Makanan mendatangkan kanser

Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser.

1. Jika anda makan satay.............jangan pula lupa timunnya,
sebabnya memakan satay bersama
karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan
karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu
keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalahanti-karsinogen


2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !! Yang mana
anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.


4. Barah - akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Balik rumah dan
pergi periksa. Tukarlah ke
jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda
mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. bahan
ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan
ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini


ialah; Vo 5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo
terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi.
Balik pi lah belek sendiri kandungannya. Shampoo Clairol's
Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium
Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun
dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "


Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh
melakukan apa-apa kerana kami memerluk an bahan yang boleh
mengeluarkan busa yang banyak. Dalam pada itu, Pasta Colgate &
Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama
untuk penghasilan busa.


5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi,
koay teow dsb), Pastikan
berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil
mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat
yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya
telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu
berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang
menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain
apabila dimasak  
                                                                                                                              
Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG
AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa
tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk
untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari.
Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya
disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang
badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari
sistem badan.


Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang
mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri,
Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati
menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan
memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai "makan untuk
mendapat barah " Kalau istilah James Bond = Licence to kill!


6. Bawang Goreng segera, seorang kawan melawat ke sebuah


perusahaan kecil membuat bawang
 goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna
dan tidak bewarna diasingkan.
Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur
bersama gorengan bawang
yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya
melebur lantas menyaluti bawan g tersebut. Sebab itulah kalau
bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akanlembik
 tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.






Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan


pengguna yang masih belum disedarkan lagi.






Wallahuallam...

Jumaat, 18 September 2009

SELAMAT HARI RAYA

                                                             


Pejam celik 2 dah nak raya dah............
bagaikan baru minggu lepas ja kita puasa.
apa pun bagi yang berpuasa penuh sebulan
tu tahniah lah diucapkan.yang dah tinggal 2
atau 3 hari tu(mcm kawan aku shidi tu,atau mantedan ka.......harap bersabar.tahun depan ada lagi.

tapi aku percaya Bean puasa penuh tahun ni.sebab hari tu dia kata sampai hari raya pun x mau makan nak puasa juga .agak-agak la Bean hari raya mana boleh puasa .....harammm

tau dak.untuk bean aku nak tanya ,amacam balik kampung seberang kah
kau tahun ni?untuk pembaca sekelian aku harap semoga anda beraya dengan penuh gembira tahun ni.......memandulah dengan berhemah bila nak balik kampung.jangan berkhemah sudahlah.nanti tak sampai rumah
pula.apa pun layanlah telatah apek di atas untuk sekadar hiburan anda .selamat hari raya aidil fitri .....
MAAF ZAHIR NATIN

Sabtu, 12 September 2009

jalan jalan makan angin




salam
buat kengkawan yang selalu masuk kat blog ni ,
ari ni aku nak post gambar aku pergi jalan-jalan
ngan keluarga aku,saja la... dah cuti sekolah tu.
bawak la dia orang jalan kat gua kelam,perlis .tempatnya memang best la....rugi kalu korang tak pergi.




kiri :pahmi,fatin dan hanif ...waaa..syok sakan la  hampa noo!!!






ni bukan kat gua kelam lagi dah....
ni kat air terjun titi hayun di YAN .kami singgah masa balik
s.p, balik dari hari keluarga TNB.









tengok tuuu..mat pah mi kalau ngan air terjun.
cukup mau...buas nak mampuih.

 



masa balik dari titi hayun, aku singgah pula kat pulau bunting,
wah susah juga nak ke pulau bunting ni,cari jalan kat satu jam baru jumpa,tapi tempatnya best gak.orang memancin banyak la kat sini.kawan aku tu si shidi dia pernah mancing kat sini.

masa tengah malam plak tu ...jumpa hantu wa cakap lu...
lepas tu balik rumah terus demam seminggu...kah kah..kah











                                                                                                                                                                                                                                                                                                      

Isnin, 24 Ogos 2009

H1N1 Adakah rakyat malaysia sedar bahayanya

1.apakah penyakit influenza A(H1N1)?

Influenza A(H1N1) adalah penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang
disebabakan oleh virus influenza A(H1N1).virus influenza ini adalah sejenis virus
yang baru dan terhasil daripada reassortment(percampuran)genetik virus influenza
babi,burung dan manusia.

2.kenapa virus baru H1N1ini dikaitkan dengan 'swine flu'(selesema babi)?

virus ini dikenali selesema babi kerana berdasarkan ujian awal makmal ia
menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi
yang berasal dari Amerika utara.

walau bagaimanapun kajian terperinci menunjukkan bahawa ia adalah sejenis virus baru yang berbeza dengan virus selesema babi sedia ada.

3.Negara mana yang dilanda penyakit ini?

maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan terus menular ke
negara-negara lain.

untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini.sila rujuk
laman web http://www.who.int/en

4.Apakah gejala virus ini?

Gejala influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim
(influenza-like-illness)termasuk demam,batuk,sakit tekak dan sakit kepala .badan berasa sejuk dan lesu.terdapat juga individu yang di jangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.

5.bagaimana kita boleh dijangkiti?

virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin
titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit,permukaan-permukaan
(surfaces)atau tersebar ke udara.seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan,melalui sentuhandengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan
yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

Isnin, 27 Julai 2009

JALAN KAT BANDAR IKAN PATIN-PAHANG

Salam

Hari tu aku dah cerita pasai aku jalan-jalan kat key ell.
Ari ni aku nak cerita sikit pasai aku ke Temerloh Pahang plak.
Aku memang tak pernah pergi Temerloh nih.so teringin jugak nak
Tengok camna yang di katakan Bandar ikan patin ni.

Macam biasa ,aku servey jalan mana yang dekat .setelah di kenal pasti
Jalan kuala kubu –batu cave yang paling senang aku lalui.aku servey
Hotel plak. Nampaknya hotel swiss yang ok sikit.nampak macam baru jugak

Tiba harinya aku pun bertolak lah ke destinasi ,perjalanan mengambil masa
10 jam gak.pemandu berhemahlah katakan 110km/j saja.tiba destinasi
Aku terus mencari hotel swiss.tiba tiba aku lihat betul ka hotel swiss ni?
Ya Allah kenapa indah kabar dari rupa?

Tak bleh jadi ni ,aku terus mencari hotel lain .akhirnya aku jumpa hotel
Jelai .kira ok juga hotel ni baru lagi.malamnya aku pekena nasi dengan gulai
Ikan patin .wow bestnya sedap hingga hirup kuah. Tapi harganya mahal sikit lahh.

Selama tiga hari aku kat sana .tak tau nakjalan mana?lantas aku balik singgah kat
Key ell.shoping sikit kat jln. Masjid india .kemudian terus balik .sampai kat rumah memang betul –betul penat.,aku pun menidurkan diriku sehingga esok.

hotel jelai 1

hotel jelai

persisiran sg pahang

Photobucket

Sabtu, 18 Julai 2009

JALAN JALAN DI KUALA LUMPUR

SALAM
emmmm ...rasanya dah lama aku tak menaip kat sini .kebelakangan ni sibuk sikit.
aku kena kursus plak kat kl.aduisss.banyak pula nak guna duit bulan ni.nak minta advance kat pejabat pun susah,so terpaksalah pakai duit sendiri.

aku pun tak pernah pergi kat kepong ni?aku nak tinggal kat otel mana?kekadang tu aku pikir bagus juga ada streamyx ni .aku bleh survey dulu otel mana yang murah?,dan dekat dgn tempat kursus.aku gunakan google map untuk survey jalan yang dekat dan senang utk. sampai sesuatu tempat.kannn senang.nak di jadikan cerita akhirnya sampai lah aku kat kl.

aku pun terus ke hotel CRYSTAL CROWN .ok gak otel ni.taklah mahal sangat .double bed pun baru rm 158 ja.banyak juga tempat yang sempat aku pegi.antaranya jln masjid india ,uptown,dataran merdeka dll.kalau anda nak beli barang murah bleh la ke uptown setapak.acc keta pun ada jual kat sana .sebenarnya aku tak pernah pegi uptown ni.
so aku pun pakai pemandu pelancong la .dia ni memang selalu pegi setapak .dari kepong aku ikut ja cakap dia ,belok kiri la, kanan la,jalan terus la, sampai dataran merdeka jalan terus lagi.alih-alih sampai batu cave,ahh sudahhh...punggahhhh kata mydin.

tetiba ja dia cakap..dah x ingat jalan mana ?nak balik kepong pun x tau jln. mana ?
adussss....maka terpaksalah aku menggunakan kepakaran aku mencari jalan pulang..hampehh.x guna punya pemandu pelancong.keesokannya malam aku pegi setapak lagi.tapi kali ni aku guna kepakaran sendiri...ahh.dalam masa 15 minit aku sudah bleh sampai dah...orang umah apa lagi....serbuuu kita shoping..

itulah pengalaman aku kursus kata kl.ada banyak lagi tapi takut korang jemu nak baca la plak.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Isnin, 15 Jun 2009

TIPS : mahukah anda menjadi kaya

salam

mahukah anda menjadi seorang yang kaya?mahukan kereta mewah?jika anda ingin menjadi
seorang yang berjaya dan kaya ,nah disini saya sertakan beberapa tips yang boleh anda ikuti dan praktikkan.

1. jika anda mempunyai hutang keliling pinggag.pastikan anda langsaikan hutang piutang ini.jangan bermimpi nak bergaya berlebih-lebihan.terutama sekali hutang
rumah, kereta kad kredit dan lain-lain.

2. jika anda mempunyai pendapatan samada tetep atau sampingan ,pastikan
anda menyimpan sebahagian besar pendapatan tersebut.dan pastikan ia mampu menampung
kehidupan anda selama satu atua dua tahun.

3. cadangan yang terbaik ialah menyimpan 60 peratus dan anda berbelanja hanya
40 peratus .kalau anda dapat menyimpan lebih dari itu lagi bagus kan?

4. kalau boleh belilah barang-barang secara tunai.elakkan dari membeli secara hutang.
kalau anda dapat kawal nafsu anda dari membeli benda-benda yang merugikan, ia lebih baik.

ingat !!!!!!!!sesal dahulu pendapatan sesal kemudian ....lu pikirlah sendiri


Photobucket

Rabu, 10 Jun 2009

ISU HANGAT :biar betul ini kereta apis?

minggu lalu cd jalut ada jumpa aku kat kg.mempelam.sedang kami sembang tetiba
masuklah bab apis ngan mizan.aku kata mizan dah nak tukar keta.so dia tanya pendapat
aku ,camna kalau dia tukar keta GTI dia ngan evo ix ? aku jawab kat dia ok lah .
bukan apa kalu dia beli evo ix aku bleh tumpang merasa sama.
almaklumlah aku ni dah tak mampu nak beli.merasa hak orang pun jadilah..

cd jalut kata apis pun dah beli keta gak.aku tanya dia apis beli keta apa ?
cd jalut kata tunggu....sat gi dia nak mai hang tengok lah keta apa.sedang aku menunggu aku pun dok pikir-pikir keta apa apis beli ni ?evo ka?atau keta wira turbo?
aku dok dok terbayang gak ,kalau apis beli keta macam kat bawah ni....




honda prelude




wahhhh... kalah aku apis oii...tapi tak pa ,paling kurang aku bleh merasa gak keta hang.memang cun gila la keta ni.kira orait apa... sepupu aku bleh pakai keta hebat cam ni.enjin v-tec lagi tu.tetiba tengah aku dok terbayang -bayang nak merasa keta seperti itu..sebuah keta masuk ke laman rumah PI.aik..sapa plak mai ..nampak macam keta ustaz talib ja...aku tak kesah sangat .yang cd jalut asyik tersengih ja ..apahal la mamat ni.turun la seorang jejaka hensem gitu..ala-ala muka macam raja sms tu..ala...mawi la. sapa lagi?oh apis rupanya ingat kan siapa?nak tau keta apa apis beli ? ha.. tengok la kat bawah ni....




waja

laaa...awat hang beli keta owang tua apis oiii...kalu hang beli perdana pun ok gak.
aku tengok bebudak muda la ni make up perdana sikit punya lawa ka?.tapi tak pa la ,sekurang-kurangnya hang bleh buat evo celup ..tu pun kira orait la...

Isnin, 25 Mei 2009

AKILL HAYY ...AKHIRNYA KAU TERTEWAS JUA

Salam

sedang ku makan nasi lemak di pagi hari,
mataku terpandang harian metro ini hari
wah...tajuk beritanya mengejutkan hati.
akill hayy punya gosip tak habis-habis lagi.?

apa yang kau buat pulak akil hayy nie..
tak abis-abis asyik wahida wassini.
sampai anak bini kat rumah pun kau tak peduli
dulu kau ustaz tapi sekarang kaki joli

wei akill hayy ..hang dengar sini..
awat hang ingat hang hebat sangat ka..?boleh berzanji
piiirahh dulu hebat sangat kutuk sana kutuk sini
la ni awat?bini hang pun dah nak larii..

weii akil hayy dulu boleh lah hang kami puji
ceramah sana ceramah sini kononnya iman penuh di hati
sekarang ni jangankan iman ? serban pun dah tak dak lagi
hang tunggu la nanti jumpa ngan aku ....tobat aku maki.

wei akill hayy hang pi mana..sampai tak balik rumah nie?
bini hang kata hang tak balik dari bulan februari lagi.
anak pun dah kena tukar sekolah .sebab malu kawan kawan perli
hang tak dak keja lain asyik wahida wasiniiiii

tobat la sama akill hayy weii .ingat anak biniii
aku marah ngan hang ni pasai nak bagi hang sedar diri
dulu kutuk artis sakan sangat.la ni terkena batang hidung sendiri
padan ngan muka hang .hang toksah dok bangga la kata hang tu iman kuat lagi

ishh tak buleh aku ..aku meluat lahhhh ngan hang akill hayy
lain kali kalau dah tau dunia artis penuh kemaksiatan.
dunia yang penuh pemfitnahan ,kegosipan,yang hang dok gatai nak cari glamour
tu apa hal..cukup ngan pi ceramah sudah lah..nak berdakwah dengan cara tu konon
piiirahhh ...hilang respek aku kat hang..yang ada hanyalah suspek.

wahida

Sabtu, 23 Mei 2009

CEPLOS : mampu buat anda ketawa di tv9

Photobucket



salam

masih ingat lagi dengan "DEGAWAN" ?ya... watak yang di lakonkan oleh kazar dalam
"SUSUK".kini kazar kembali menemui anda dalam drama bersiri 'CEPLOS",bergandingan dengan capang (ala...budak lawak kat drama PAPAYA tu.)

CEPLOS mula ditayangkan bermula 4 april 2009.sehingga saya menulis rencana ini.
dah masuk episod 16 dah sekarang ni.drama ni bukan saja seram ,malah membuat anda tak kering gusi dengan gaya dan dialog yang dituturkan oleh pelakonnya. rugi juga kalau anda tak menontonnya.

ceritanya mengisahkan ipin(kazar)yang harus menerima ceplos sebagai saka dari ayahnya yang meninggal.pada mulanya ipin tak mau menerimanya ,tapi memandangkan ceplos ni jenis jin kelakar maka ipin pun terimalah.disini bermulalah kisah ipin dan ceplos menghalang hantu-hantu lain yang nak membuat kacau di kampung itu.kiranya ceplos ni jin baik la kawan..


ingin download citer ceplos klik sini

Ahad, 17 Mei 2009

blog :cara melepaskan tension

salam

sebenarnya sudah lama ingin saya nyatakan disini,apakah tujuan saya membina blog ini.
ia bukanlah untuk mencari duit poket sebenarnya.jauh sekali utk menjadi jutawan internet.saya tahu saya memang saya tak mampu menjana pendapatan melalui internet.

BLOG adalah satu cara saya melepaskan tension,dan cara saya memperkatakan apa yang terbuku di hati.segala kemarahan dan ketidakpuasan saya terhadap segala hal.
tapi akhir akhir ini kebebasan untuk meluahkan kemarahan terhadap kerajaan agak terbatas.lihatlah berapa ramai para blogger di tangkap akibat penulisan mereka yang
menghentam kerajaan.

oleh itu walaupun saya agak tak berpuas hati dengan sesetengah pihak ,maka saya terpaksa pendamkan saja perasaan itu.zaman sekarang manusia sudah bijak menggunakan akalnya.silap sikit saja kita akan di saman,sampaikan anak sendiri pun sanggup menyaman bapanya.

nasihat saya berhati-hatilah apabila nak mengutuk,mencaci,atau komen seseorang di internet.jangan sampai tersilap langkah .sekian

Isnin, 20 April 2009

PIALA FA 2009

salam

setelah berhempas pulas dengan pelbagai masalah, akhirnya pasukan kelantan
berjaya ke final piala fa.walaupun ini kali pertama buat kelantan
tapi saya rasakan kelantan ada peluang menang kali ini.

selangor juga saya rasa agak hebat skillnya.dengan gandingan mantap amri yahyah
dan safees sali,mungkin juga mempunyai peluang tapi tak sekuat peluang khalid jamlus
dan indra putera yang boleh merubah suasana menjadi di luar dugaan.

apapun kita nantikan perlawanannya nanti.


sekianlah penulisan dari orang yang x pandai menulis blog.orang buat blog saya pun nak buat blog.tapi x pandai nak susun ayat.asalkan korang paham sudahlah.

Sabtu, 18 April 2009

thai music video

salam
kepada peminat peminat lagu thailand ,di sini saya ada linkkan lagu lagu kegemaran anda .cuma klikkan pada tajuk lagu shj untuk melihatnya.terima kasih


bird &sek loso naan tow rai gaw raw
bird &sek loso om pra ma pud
carabao wanipok
carabao กัญชา(ganja)
carabao made in thailand
labanoon แฟนเก่า (feen kau)
labanoon 191
labanoon คนตัวดำ(khon tua dum)
labanoon แอบรัก(aab-ruk)
labanoon ยาม(yum)
loso เราและนาย(row lae nai)
loso Phu Chana (ผู้ชนะ)
loso Arai Gor Yaum - อะไรก็ยอม
loso pantip
loso 5 nah tee
loso key rak chan bang mai
loso som san
looknook suphaporn KOON LUM JAI
palapol jai khor
rock saderd BOO RAK SE DAM
rock saderd HUA JAI MUK NGAI
rock salaeng MOTOR SY HANG
tik shiro young mee ogart
tik shiro jeeb nee naan
tik shiro yah tum bpen hen jai
tik shiro kong paeng
thongchai mcintyre sabai-sabai
tik shiro chun thie mai dai

Jumaat, 10 April 2009

BN KALAH ?TERGUGATKAH UMNO?

salam

hari tu masa hangat berkempen di bkt selambau dan bukit gantang aku lihat
pakatan rakyat ada harapan nak menang.dengan suasana kempen yang di jalankan pakatan rakyat ,ditambah sokongan di hari penamaan calon.memang ada harapan besar pr untuk menang.selepas saja dato seri najib dilantik beliau terus umumkan penarikan balik sekatan ke atas harakah serta membebaskan 13 tahanan ISA .dato seri najib juga di lihat lebih mesra rakyat.hatiku mula gusar ,boleh menangkah PR di dua bukit dengan
segala kebaikan dan ketokohan yang ditunjukkan oleh najib?di batang ai jangan cakaplah,batang sentiasa boleh menang punya.cuma di dua bukit saja ,tak semestinya dua bukit itu boleh di daki.tercungap -cungap juga mulut apabila nak mendaki dua bukit tu.tak gitu shidi ngan beannyerr?dengan kebaikan najib itu firasatku mula merasakan BN akan menang di salah satu bukit.tapi aku rasakan PR akan menang di bukit gantang kerana isu ambil alih kerajaan perak masih relevan di lihat oleh rakyat.

tiba hari mengundi,pada petang tu seawal jam 8 mlm aku pun menunggu keputusan di depan tv.tiada satu pun berita keputusan di dua bukit ,yang ada hanyalah batang ai
yang mengistiharkan BN menang.sementara keputusan di dua bukit akan di ketahui selewat-lewatnya jam 10 mlm.ahhh... aku sudah dapat menduga pasti kedua-duanya di menangi oleh PR.ternyata dugaanku benar belaka .jadi... ingik ku nyatakan disini
tergugatkah umno?fikir-fikirkanlah.

barisan nasional Pictures, Images and Photos

PARTI ISLAM SEMALAYSIA Pictures, Images and Photos

keadilan Pictures, Images and Photos

Khamis, 9 April 2009

ganas!kelantan mengganas

salam

apa sudah jadi dengan penyokong kelantan? aku rasa halim nafi lah punca segala kekecohan ini. penyokong kelantan bertindak liar sehingga merosakkan kereta polis dan orang awam. apa sudah jadi ni? aku memang dah tau dah penyokong kelantan memang fanatik dari dulu lagi. kelantan memang tak boleh main bola dah.kat mana-mana pergi lwn pun mesti gaduh punya.apa kata anda kita gantung saja pasukan kelantan dalam liga super. berilah komen anda ,adakah anda sokong atau tidak?

klik sini untuk video kelantan ganas

Ahad, 5 April 2009

kedah kalah

ahhh...
aku bengang nih....
camna kedah bleh kalah pula?ni tak lain tak bukan kerana
bomoh cd jalut la ni...aku tau laa..

kedah oh kedah tolonglah lain kali kasi menang la...
sesiapa yang baca blog ni kasi komen sikit la ...
kedah Pictures, Images and Photos

Sabtu, 4 April 2009

gila lagi menggilakan-manusia makan taik lembu

SALAM

aku harap korang sihat semuanya..

gila...taik lembu pun dia orang makan? x percaya?
haa.. tengoklah kat bawah ni.korang sanggup ka makan taik lembu?
aku tengok pun nak termuntah...huekk.



macammana lalu makan nasi ka?

Jumaat, 3 April 2009

KEDAH, SELANGOR ,KELANTAN

Salam

seperti kita ketahui,di awal musim pasukan kedah sedikit hambar persembahannya.
kalah dengan selangor 3-1 ,tapi kedah kini telah kembali,walau tanpa marlon punya kaki.tapi kedah masih boleh berharap dengan fadli,khairil ,dan banyak lagi.
selasa lepas kedah melakar kejayaan lagi dengan mengalah kan pahang .

manakala selangor dan kelantan kecundang.tempat teratas liga super kini
beralih ke perlis pula.ahh...apa sudah jadi ngan kelantan ni...
ni dah masuk tiga kali dah kalah ni?di harap kelantan dapat merekodkan
kekalahan keempat bila bertandang di kedah sabtu ini.ini..harapan peminat kedah.

ada banyak sebab kedah boleh menang dengan kelantan sabtu ni.
salah satunya sokongan yang kuat dari peminat kedah kat bawah ni.
terutamanya shidi jalut,ehminye,anot maydin,pijon.dll.sabtu ni depa pasti pi...
beri sokongsn...itupun..bergantung la...kalau jeslo telefon suruh pi baru depa pi.
kalau x....hampehhh

Photobucket

Selasa, 24 Mac 2009

AKILL HAYY DULU,KINI,DAN........WAHIDA

Akill Hayy.....seorang ustaz rock yang amat aku minati.
Dulu...ceramahmu seringkali kami kunjungi.
kau telah menjadi sumber inspirasi kami.
ceramahmu membuatkan kami menginsafi diri.



Akill Hayy.....keranamu kami sanggup hadiri.
di pentas pembangkang ceramahmu kami dengari.
dari isu mat rempit,artis,rasuah dan kroni-kroni.
terkadang kata-kata mu pedas ,terkadang ada yang menggelikan hati.



Akill Hayy....kini kami tahu niatmu di hati.
bukan nak cari publisiti,tapi ingin berdakwah melalui ASTRO TV.
cuma satu pinta kami,berdakwah biarlah kerana ALLAH dan NABI.
biarlah niat tak terpesong dek kerna turutkan hati.



Akill Hayy ...kini kami dengar kau pula di serang dek melodi.
gosip pula kian menjadi-jadi, apa sudah jadi?
apa ente sudah lupa diri?hingga sanggup tengok wayang ngan WAHIDA WASSINI?

wahida

Akill Hayy... tabahkan hati...jangan ente biarkan nafsu menguasai diri.
kembalilah kepada yang hakiki,teruskan niatmu yang murni.
nafsu jahat jangan di layani,teguhkan iman tetapkan hati.
andai wahida telah di kahwini...hebahkanlah...agar tidak timbul fitnah nanti..

Ahad, 22 Mac 2009

KM NAZA LWN SELANGOR

SALAM
semalam aku sempat juga nengok km naza lwn selangor ,tapi kat tv aje la,
buat apa ke stadium kalau sudah pasti cara permainan dia orang membosankan.
buat team selangor aku ucapkan tahniah kerana berjaya menjaringkan gol.
tapi buat team km naza ....ha.. ni aku nak kutuk hampa.
main macam hapa entah ,passing bola pun kat pihak lwn,malas nak ligan bola,
hampa ni x dak semangat juang langsung,player tu lain kali belajar la sikit
teknik tendang bola ,teknik nak kontrol bola ,lepas main tu tengok balik rakaman
perlawanan.cari di mana kesilapan ,dimana kelemahan diri sendiri.bandingkan
pasukan kita tu dgn arsenal .tengok arsenal main camna,ambil cth cara arsenal main,
cuba belajar dan tiru skil pemain mereka.berusahalah untuk belajar cara pasukan eropah main.
kalau pasukan eropah pandai main takkan kita org malaysia x pandai kot?yg penting berusaha
camna cara nak jadi spt mereka .
tapi ..player kat malaysia ni sama saja ngan fam .....kata pi lah apa pun.x dak tidak balas pun
yang pasti mereka tetap ngan cara mereka ....


selangor pre-season Pictures, Images and Photos

Sabtu, 21 Mac 2009

ustad azhar idrus ....

salam
ustad azhar idrus ...dia ni kekadang lawak gak
tapi apa yang dia kata tu ..untuk kebaikan kita gak..
mari kita tengok apa dia kata ,lawak dak?





Khamis, 19 Mac 2009

funny movie



numa-numa

Rabu, 18 Mac 2009

funny movie



lihat renungan mata
baby ni...lucu kan?





silap mata lawak...shidi jalut ngan apis



ulraman dance ...lawak gak hampa menari



iklan dari thailand

Selasa, 24 Februari 2009

berita merapu

Khamis, 19 Februari 2009

pantun kedah

pokok-pokok berlari-lari
berlari-lari di tengah sawah
walau tanpa marlon punya kaki
kedah akan tetap tebus maruah.


main wau di tangah bendang
wau shidi lah paling rendah
kedah sekarang dah menang
selangor pula boleh kalah.


pergi malau bersama cek yam
singgah sebentar di kg. gelam
piiirahhh..hampa geng kg.mempelam
nak main bola konon..kaki hampa semua cap ayam.


ada seorang ni...kawan saya la...
nama dia shidi jalut
pirahhh..dia ingat dia tera sangat main bola
nak main wau pun dia kalut.


sang kenari sekarang terbang tinggi
dia punya sayap ada la.. lapan kaki
kedah juara treble dah dua kali
woi selangor jgn eksyen la..hampa baru sekali.


aku rasa takat ni ja..pantun aku
kepala hotak aku pun dah buntu
la... hampa dok baca apa lagi tu..
dah habiss dah.. blahh la lu....

Selasa, 17 Februari 2009

bola sepak malaysia

aku bangang betul la(sorry bengang)ngan bola sepak malaysia ni.
tak abis-abis kalah bila korang nak menang ha..?apa pendapat korang tentang coach sathia?adakah dia bersalah?aku rasa adalah sikit aja salah dia ...
tapi yang salah banyak pemain la.pemain kita ni x da nak usaha lebih untuk berlatih
@nak kaji kat mana aku buat silap.apa pun terima kasih azrai khor kerana anda
kedah juara .


berikut mari kita lihat apa kata abang Bean kita pasai bola malaysia :

From www.kampungku.com



bola aku x tau tapi kwangsek aku tau la ....
mampuih pi la nak kalah berapa pun aku peduli apa?


From www.kampungku.com


tak payah main bola la ..baik main guli lagi baguih..
aku la ni pun dok blajar main wau pula .

From www.kampungku.com


malaysia kalau nak menang dan pi piala dunia satu cara saja
haaa... dia kena buat magic .mai aku buat magic ...pasti malaysia boleh
pi piala dunia

Rabu, 21 Januari 2009

PANTUN MERAPU

main bola tengah bendang
bendang rosak ,padi tak jadi
tahun ni kedah takkan menang
sebab depa lupa pinjam marlon punya kaki


main bola di dalam sawah
sawah pula di tepi rumah bakar kuah
team kedah aku puji hampa memang gagah
tapi sayang ,gagah dgn. pemain import saja kah.kah .kah


orang kata pengulas sukan suka kutuk kedah
lantak dia la, nak kutuk ka nak hapa ka?
ayuh kedah bangkit tebuskan maruah
agar nanti kita juara kali ketiga


shidi dan apis berjalan-jalan
berjalan -jalan dipekan dangnok
la ni kedah memang ketinggalan
woi hampa tunggu la... nanti dia akan mengamok.


mak datuk banyaknya pantun kau
suka aku la nak pantun ke tak?
ehh eehh aku saja nak bagitau kau
pantun aku ni dah abisss tau tak...


burung gagak dalam kolam
kolam berada dalam perigi
laaa... korang ni memang x paham.
pantun dah abiss dah..dok baca apa lagii?

Khamis, 15 Januari 2009

ALAHAI.... KEDAH

minggu ni dah masuk 4 kali team kedah lawan dalam liga M
tapi kenapa kedah masih tak menang lagi ekk?
fikiran aku dah mula bercelaru memikirkan team kedah ni.
aahhh.... boringnya aku.asyik kalah saja team kedah ni.
peminatpun dah naik meluat nak tengok bola kat stadium.
oleh itu kita ikuti apa kata mereka?

From www.kampungku.com


bola ka...ahhh wa tatau itu bola ....wa tatak minat lo.
cuma satu saja wa minat ...itu magnum saja wa manyak minat ooo.
alloo.kawan besok apa nombor mau naik aaa? chong kok lum )

From www.kampungku.com


sokong memang sokong,kalau kedah kalah pun
aku tetap sokong.... tapi kalau nak habiskan duit pergi
stadium ...sorry la.. kalau dapat tiket free kat jesli
canteeekkk aku akan pi la.
(amy .usahawan komputer)


kalau nak diikutkan ramai pemain kedah pernah main utk.
pasukan kebangsaan.so.. kenapa buleh kalah ?
ooooo...sebab tu malaysia selalu kalah...pemain
kebangsaan memang x pandai main bola rupanya ...

(saidan.pekerja courts mammots)

From www.kampungku.com


aku x sakit hati kalau kedah kalah .tapi paling sakit hati
bila asyik kena kutuk dgn. penyokong pasukan lain laaa.
tunggu la hampa...nanti kedah bolot 3 piala lagi.....
aku gelak besar ngan hampa.

(pjon-anak tokey subcon)

From www.kampungku.com


boring..la ,dari aku pi stadium tengok kedah kalah,
duit tu baik aku buat beli susu anak lagi baguihhh.

main depan main belakang
dalam kelambu ada belalang
jimat jimat sikit wahai abang
aku ni jenis tak mau berhutang
sebab aku baru dapat anak seorang

(shidi-peyelia kilang)

BLOGOBO